5 Jenis Pasangan Yang Sedang Bercinta. Anda Yang Mana?

Setiap manusia mempunyai sikap yang tersendiri, dan berada di kelompok atau jenis yang berbeza seperti seorang yang pendiam, banyak cakap, menceriakan suasana dan sebagainya. Sama juga seperti pasangan yang bercinta, dari kalangan mereka juga mempunyai pelbagai golongan yang berbeza. Begitu uniknya pasangan yang bercinta ini, supaya hidup ini penuh dengan perbezaan dalam kehidupan.

Tidak lah sama sahaja semua pasangan, pasti tiada cerita yang berlainan yang boleh dikongsi dijadikan sebagai pengajaran. Jom baca jenis-jenis atau golongan pasangan yang bercinta ini….

1. Pasangan yang mementingkan kata-kata penghargaan.

Anda melihat ada pasangan yang sering mengungkapkan kata-kata cinta. Setiap hari pasti ada I Love You, I Miss You walaupun setiap hari berjumpa. Tidak kurang juga, ada yang sentiasa memuji dan memberi kata-kata semangat pada pasangan mereka. Anda yang melihat dan mendengarnya pasti tidak senang dengan perbualan ‘manis’ mereka, namun begitulah cara mereka bercinta.

Pasangan sebegini mudah untuk berkomunikasi dan berkongsi emosi. Suami atau teman lelakinya lebih senang apabila pasangannya meluahkan perasaan daripada memendam rasa. Si wanita juga lebih suka jika pasangannya lebih banyak berkata-kata daripada mendiamkan diri.

2. Pasangan yang mementingkan perbuatan.

Pasangan ini pula tidak gemar mengungkapkan kata cinta secara terangan. Bahkan seperti hambar pula, tetapi tidak bagi pasangan ini. Pasangan ini menjadi lebih romantik dengan perbuatan, tetapi bukan dengan kata-kata cinta. Membuka pintu untuk isteri atau teman wanitanya, memberi bunga atau memberi hadiah, memegang tangan dan seumpama dengannya.

Pasangan ini memang kelihatan lebih drastik daripada pasangan yang mementingkan kata-kata seperti point satu diatas. Kelakuan mereka juga ibarat tidak senang orang luar duduk atau melihatnya. Namun begitulah cara mereka bercinta.

3. Pasangan yang lebih suka memberi.

Pasti anda pernah melihat, kemana sahaja kawan anda pergi pasti ada sahaja barang yang dibeli. Bahkan barang peribadinya juga lebih suka bagi sahaja pada pasangan untuk dijaga seperti pokok yang ditanam, kucing yang dibela, atau apa sahaja. Dengan cara begini sahaja menunjukkan cara mereka berkasih sayang.

4. Pasangan yang lebih suka meluangkan masa bersama.

Pasangan ini tidak suka duduk berjauhan. Walaupun duduk berdekatan, mereka masih lagi ingin berjumpa. Ketika bekerja juga, mereka sanggup meluangkan masa ketika berehat makan tengah hari. Usai sahaja bekerja mahu berjumpa, bahkan setiap hari minggu juga ingin meluangkan masa bersama. Tidak jemu katanya.

5. Pasangan yang memerlukan sentuhan fizikal.

Khusus untuk mereka yang telah berkahwin, sentuhan fizikal itu penting untuk menunjukkan perasaan kasih sayang. Jika pasangan merajuk, mereka lebih suka dipeluk dan memeluk. Jika pasangan marah, mereka lebih suka memegang bahu, supaya tekanan di dalam badan menjadi reda. Jika pasangan menangis, berpegang tangan sudah cukup memadai, menandakan pasangan mengambil berat.

Jadi, anda yang mana?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen