10 Idea Paling Menarik Yang Boleh Dilakukan Ketika Keluar Dengan Si Dia Yang Tersayang.

Oleh: Rafi

Setiap kali keluar dengan yang tersayang, pasti pening memikirkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama sehinggakan boleh mengundang masalah. Si dia mahu lakukan ini, si dia mahu lakukan itu. Si dia tidak mahu aktiviti yang mengeluarkan belanja besar, iyelah ada masa poket sedang kering tidak berisi tetapi terasa ingin berjumpa dengan si dia setelah saban hari tidak ketemu. Jadi, ini kami berikan beberapa idea paling menarik boleh anda pertimbangkan.



1. Masak bersama-sama, tunjukkan kepakaran memasak anda. Selepas memasak, makan bersama-sama. Mesti gamat dapur anda. Lebih-lebih lagi memasak dengan orang yang anda sayang.

2. Keluar berbasikal bersama-sama.

3. Menyewa beberapa DVD dan tonton bersama-sama di rumah.



4. Pergi berkelah. Kalau boleh pilih tempat yang mempunyai suasana tenang dan menarik. Nikmati masa berdua bersama-sama.

5. Pergi karaoke. Nyanyikan lagu- lagu kegemaran anda satu sama lain. Walau suara anda tak sedap sekalipun, nyanyi jugak. Selain dapat habiskan masa bersama anda juga dapat ‘release tension’.

6. Jika anda berdua sukakan aktiviti mencabar, apa kata pergi mendaki.

7. Lakukan aktiviti sukarelawan bersama-sama, contohnya aktiviti ke rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya.



8. Jika anda berdua ingin melakukan aktiviti baru, daftar diri ke kelas menari. Tunjukkan bakat anda yang terpendam.

9. Pergi ke zoo pada hujung minggu jika anda berdua adalah pencinta haiwan.

10. Habiskan masa berdua dengan ‘short road trip’, ke mana saja tempat yang menarik anda boleh lawati. Contohnya pergi ke Melaka, Penang, Ipoh dan mana-mana yang dekat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen