Syarat-Syarat Pertunangan Dan Antara Hukum-Hukumnya Menurut Islam.

Syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perundangan Islam  adalah:

1. Berjumpa dengan wali atau mahram wanita.

Wali wanita adalah yang terdiri dikalangan mahramnya terutama ayah, abang, pakcik sebelah ayahnya atau ibunya dan siapa sahaja mahramnya yang berkaitan dengan wanita tersebut. Anda dilarang bertunang tanpa pengetahuan wali wanita tersebut.

2. Pertunangan perlulah dirahsiakan.

Islam melarang keras terhadap tindakan menghebahkan pertunangan. Tidak dibenarkan sama sekali membuat hebahan berkenaan pertunangan. Relevennya, andai tidak jadi berkahwin dan pertunangan dihebahkan besar-besaran kedua-dua pihak akan menanggung malu dan ini mengakibatkan  maruah tercemar terutama maruah wanita. Islam itu agama yang membela wanita dan maruah.

3. Bertunang dengan wanita yang dibenarkan syara'.

 Antara wanita yang tidak boleh dipinang mengikut syara' ialah wanita yang talak satu dan dua serta ada kemungkinan ruju', wanita yang kematian suami dan masih tidak habis i'ddah iaitu sebanyak tiga kali suci, wanita yang diceraikan dengan talak tiga dan masih tidak habis i'ddah.

4. Tidak meminang tunangan lelaki lain.

Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki meminang tunangan saudara se-Islamnya. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Mukmin itu bersaudara, tidak halal baginya membeli diatas barangan belian saudaranya, dan jangan meminang diatas pinangan saudaranya sehinggalah diputuskan ( saudaranya memutuskan pertunangan)."

Syarat- syarat tersebut wajiblah dipatuhi oleh setiap ummat Islam terutamanya ummat Islam di Malaysia. Jauhilah adat menghebahkan pertunangan kerana Islam melarangnya. Wajib bagi anda selaku muslim mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Penulis berharap anda tergolong dalam golongan yang mematuhi syarat-syarat tersebut. Sekiranya anda melampaui batas, nauzubillah nescaya anda akan diseksa di akhirat kelak.


       

ANTARA HUKUM-HUKUM DALAM PERTUNANGAN

1. Hukum pertunangan adalah dibolehkan, iaitu diharuskan berdasarkan firman Allah SWT;

“dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu” (Al-Baqarah: 235).

2. Hukum Melihat Bakal Tunang (Khusus bagi wanita yang berniqab).

Melihat perempuan yang akan di nikahi, digalakkan bahkan di sunatkan oleh agama.Karena meminanag caln istri merupakan pendahuluan pernikahan. Sedangkan melihat calon isteri untuk mengetahui penampilan dan kecantikannya, dipandang perlu untuk mewujudkan kehidupan rumah tangga yang berbahagia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang di antara kamu meminang seserang perempuan,Sekiranya dapat melihat sesuatu tang mendorong semangat untuk mengawininya, Hendaklah ia melakukan nya” (H.R Ahmad dan Abu Daud)

3. Hukum Pemberian Hadiah Dalam Pertunangan.

Saat bertunangan kita sering mendengar istilah tukar cincin, lalu bagaimanakah hukumnya dalam islam? Sebenarnya kebiasaan tukar cincin hanyalah kebiasaan namun seorang lelaki dibolehkan memberi hadiah atau cenderamata kepada tunangannya.

Jika dikemudian hari pihak lelaki membatalkan pertunangan atau pinangannya maka ia tidak dibenarkan untuk mengambil kembali hadiah tersebut. Sebagaimana hadits Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa : “Tidak halal bagi seseorang muslim memberi sesutau kepada orang lain kemudian memintanya kembali, kecuali pemberian ayah kepada anaknya” (HR. Ahmad al-irba’ati wa shohihu al-Tirmidzi wa ibnu hibban wa al-Hakim).

4. Hukum Membatalkan Pertunangan.

Tunangan atau pinangan hanyalah janji seorang lelaki yang akan menikahi seorang wanita dan merupakan langkah awal dalam mempersiapkan suatu pernikahan. Berdasarkan hal tersebut maka sebenarnya pertunangan boleh diputuskan atau dibatalkan oleh salah satu pihak  jika terjadi konflik dalam keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen