4 Sebab Jangan Terlalu Menunjukkan Mesra Dengan Tunang Pada Khalayak Umum.

Seronok rasanya hati apabila pihak lelaki sudah menghantar tanda, kemudian terus mengikat tali pertunangan. Ini bermakna anda sudah pun menjadi miliknya….. tetapi masih lagi belum menjadi pasangan yang SAH, ya. Si dia masih lagi belum menjadi mahram bagi anda untuk terlalu menunjukkan kemesraan pada orang ramai.

Bukan sahaja orang luar meluat melihatnya, ahli keluarga juga seakan-akan mahu menutup mata melihat kelakuan anda berdua yang terlalu manja, dan kadang-kala berpegangan tangan seperti tiada perasaan malu. Adat percintaan memang semuanya indah belaka, tetapi tempoh pertunangan adalah salah satu dugaan dalma hubungan yang anda tidak boleh tutup mata begitu sahaja.

In kerana…

1. Hubungan yang tiada kepastian.

Anda perlu tahu tempoh pertunangan sebenarnya adalah tempoh untuk anda dengan pasangan berkenalan dengan lebih rapat. Kerana itu adanya pertunangan di dalam islam, bukannya berpacaran sebelum bernikah. Pertunangan menunjukkan si perempuan itu tidak boleh dipinang oleh lelaki lain, dan hukumnya adalah berdosa sekiranya pertunangan tersebut dipersetujui oleh dua pihak.

Namun sedemikian, ia bukanlah satu tiket untuk pasangan boleh bermesra secara bebas. Memang benar, dial ah bakal isteri /suami anda, tetapi perlu diingatkan pertunangan adalah untuk berkenalan, dan ia masih belum lagi kepastian dimana hubungan SAH. Jika terlalu bermesra, khuatir nanti ikatan boleh terputus. Merana nanti.

2. Hukumnya berdosa.

Dan sudah tentu ia adalah satu perkara yang berdosa. Selagi anda berdua belum bernikah, memang berdosa untuk berpegangan tangan, apatah lagi mahu bergurau senda secara berlebihan. Seeloknya, tempoh pertunangan itu disingkatkan supaya tidak banyak dugaan untuk dihadapi. Ini kerana cabaran ketika bertunang dikatakan sangat hebat sehinggakan boleh berlakunya kecurangan.

3. Untuk menjaga air muka ahli keluarga.

Lelaki dan perempuan, kedua-duanya perlu menjaga air muka ahli keluarga anda. Anda duduk berjauhan dengan ahli keluarga, kemudian sentiasa keluar berdua-duaan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Saudara mara lalu ditepi pun, anda tidak boleh perasan dengan kehadiran mereka, sudah tentu ia akan menjadi buah mulut ahli keluarga kelak.

Bagaimana ibu bapa mahu menjawab sekiranya ada sahaja saudara anda mempersoalkan hubungan anda yang terlalu mesra. Sebagai contoh, terlalu kerap memuatnaik gambar dengan tunang di sosial media. Dengan cara begitu juga anda sebenarnya tiada perasaan atau inisiatif untuk menjaga air muka ibu bapa anda.

4. Untuk menjaga maruah.

Dan yang paling penting adalah untuk menjaga maruah diri anda sendiri. Zaman sekarang jawapan yang paling tipikal kita pernah dengar adalah;

“Kubur masing-masing…”

“Kami pandai jaga diri…”

“Jangan terlalu sibuk menjaga tepi kain orang lain…”

“Dosa masing-masing yang jaga…

Kita duduk di atas muka bumi ini bermasyarakat, bukannya berseorangan. Jadi sudah tentu kena menjaga sikap supaya dapat menjaga air muka sendiri, bahkan air muka ahli keluarga juga. Kadang-kala pandangan dan pendapat orang lain, kita tidak boleh menolak mentah-mentah, kerana kemungkinan ada benarnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen