“Jangan Buang Masa Bercinta, Kalau Sikap Buruknya Memang Tak Boleh Nak Ubah” Kongsi Lelaki Ini Tentang Tips Mencari Pasangan.

Berumah tangga, bagi saya adalah satu kejayaan yang terbesar dalam hidup. Ia membuka beribu - ribu benda baru, kebarangkalian baru dan arah tuju hidup yang baru. Jadi, ia sememangnya satu kejayaan terutamanya apabila difikirkan kekurangan yang saya ada masa itu.

Apa kekurangannya? Saya tak banyak duit. Cukup makan dengan pakai je. Rumah pun takde, simpanan usah cakap la. Yang ada hanya kereta jenis Proton Gen 2. Tapi, bila difikirkan semula, kebanyakan orang bujang dulu dan sekarang pun macam nie jugak keadaannya. Jadi, tips ini menjadi lebih relevan buat semua yang di situasi sama.

Dari segi fizikal pulak, saya memang seorang yang tak hensem. Gelap pulak tu. Berat badan semasa saya mula menetapkan niat untuk mencari pasangan hidup ialah 150kg. Yaaa... Silakan ambil masa sedikit untuk hadam berat badan tu. Memang gedabak orangnya. Tapi saya berjaya tawan hati gadis cantik 8 tahun lagi muda dari saya dan 100 kg lagi ringan. Haha..

Sebelum mula mengorat, sediakan diri dulu dari segi mental dan fizikal.

1. Tetapkan niat.

Tanamkan niat yang anda nak cari pasangan hidup. Bukan untuk seronok - seronok dan merosakkan serta mengecewakan orang lain.

2. Fokus.

Bayangkan hidup anda yang sentiasa bawa beg. Dalam beg tu penuh dengan benda - benda yang memakan masa harian anda. Contohnya, aktiviti main game, merempit, melepak sampai ke pagi dengan member dan lain - lain. Keluarkan semua tu dari beg. Tinggalkan ruang untuk satu je, iaitu insan yang akan anda ngorat.

Kalau degil jugak, hidup la dengan game tu, layanlah kawan tu berborak, usaplah motor atau kereta tu sampai ke bilik tido. Anda akan forever alone. Saya jamin. Game, motor dan member takkan hidup bersama anda, susah senang bersama anda sampai ke tua. Anda sakit nanti bukan member yang akan jaga. Semua pasangan anda yang akan buat.

Tapi, janganlah terlalu risau pasal benda nie sangat, nanti boleh buat balik hobi - hobi tu. Buat masa sekarang, skop dan fokus perlu berada kat target. 100% masa perlu ditujukan pada si dia.

3. Pilih tapi jangan terlalu memilih.

Jangan terlalu cerewet. Jangan sebab orang tu ada 1 benda yang tak suka anda terus reject sedangkan dia dah ada 3 benda yang anda suka. Ini namanya give and take. Anda pun bukannya sempurna. Ada kekurangan, ada kelebihan. Tapi kena pilih jugak, kalau ada benda yang anda betul - betul tak suka dan benda tu tak boleh ubah, tak perlu la buang masa. Kena ingat yang anda nak hidup dengan dia sampai ke akhirnya. Kalau dia jenis pengotor, gigi pun tak pernah gosok, larilah laju - laju. Tunggu apa lagi?

4. Jangan berputus asa. Jangan berhenti mencuba.

Gagal sekali dua tiga empat? Next ! Tak perlu nak meratap macam orang kehilangan kucing kesayangan. Anggap je takde jodoh dan jodoh anda sebenarnya adalah orang yang seterusnya, yang tengah tunggu anda mengorat dia. Kena ingat, kalau yang gagal tu jodoh anda, pasti ianya takkan gagal. Angkat dagu anda, pandang ke hadapan dan terus jalan. Jangan berhenti. Sebaik sahaja anda berhenti, anda perlu salahkan diri sendiri kalau masih membujang lagi. Bukan salah orang lain dah.

5. Siapa cepat dia dapat.

Jangan berlengah - lengah. Lambat tinggal. Lambat melepas. Lambat, orang lain akan ambil tempat anda. Contohnya, kalau ada staff baru kat tempat kerja, terus mula, jangan tunggu - tunggu lagi. Kalau anda ingat anda nak berteman, orang lain pun sama jugak. Mulalah awal dari orang lain, biar orang lain yang gigit jari. Dapat tu belum tentu, tapi pastikan anda yang mula dulu.

6. Perkemaskan diri.

Sebagaimana kita nak teman yang kemas, yang sedap mata memandang, kita pun kena jadi macam tu. Benda yang tak boleh ubah, biarkan. Berhenti mengeluh pasal yang itu. Tapi yang boleh diubah ke arah yang lebih baik, ubahlah.

Contohnya rambut kalau selalu tak terurus, bagi la terurus. Potong ke, pakai pomade atau gel ke. Tak payah yang mahal. Saya sampai sekarang pakai Gel rambut brand HERO RM4 kat 99 Speedmart. Asalkan terurus. Kebersihan peribadi pun tersangatlah penting. Jangan la pergi kerja atau keluar jalan, tak mandi. Macam mana nak ngorat kalau badan masam, mulut bau longkang? Orang mesti lari punya. Pakaian pun cari la yang kemas dan bersih. Tak perlu mahal - mahal. Kalau selebet je orang pun tak nak. Setkan dalam kepala yang si dia akan tengok dan mempertimbangkan anda sentiasa.

7. Rahsiakan niat dan target anda.

Ini untuk mengelakkan diri dari kena sailang / cantas / sabotaj dari orang terdekat. Dari kawan sendiri pun ada. Kadang - kadang diorang tu tak nak pun, tapi bila tahu anda nak, diorang terdetik nak jugak. Jadi, rahsiakan semuanya. Gerak secara solo dalam operasi nie. Sebab nanti bukan boleh kongsi pun cinta tu.

Itulah serba sedikit tips persediaan untuk mencaru teman hidup.

7 point nie wajib buat dan ikut. Kalau dah buat tapi gagal, penyebab kepada kegagalan itu bukan datang dari anda dah. Ianya berpunca dari perkara yang di luar kawalan. Jadi, move on kepada orang seterusnya. Jangan bersedih.

Bila dah bersedia dan sudah mempunyai target, tibalah masa mengorat.

********Semoga Bermanfaat********

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen