5 Nasihat Lelaki Yang Berguna Tapi Sering Sahaja Diabaikan Oleh Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana wanita pasti pernah terima nasihat daripada kekasih hatinya. Biasanya, seorang lelaki itu berikan nasihat kerana dirinya sayang akan pasangannya itu, dan dia mahu yang terbaik untuk buah hati mereka. Mana ada nasihat yang diberikan itu bertujuan perkara yang tidak baik, pasti semuanya baik-baik belaka. Namun, wanita ini pastilah kadang kala ingkar nasihat yang diberi. Jom ketahui nasihat yang perlu anda ikut demi kebaikan diri anda sendiri.



1. “Jangan main media sosial sangat sebelum tidur, nanti susah nak tidur.”

Ini adalah nasihat yang baik, di mana dirinya tahu bahawa bermain telefon bimbit sebelum tidur mampu menjejaskan tidur anda. Sudah pasti lah dirinya berikan nasihat ini kerana risau tidur yang tidak cukup mampu menjejaskan tidur anda nanti.

2. “Jangan terlalu ikut gaya orang, yakin sahaja dengan penampilan sendiri.”

Jika dia berikan nasihat ini, jangan lepaskan dirinya. Ia menunjukkan bahawa dia terima sahaja anda sebegitu dan tidak perlu diubah. Anda sudah cukup cantik buat dirinya.

3. “Sesibuk mana pun anda lakukan kerja, jangan penah lupa untuk makan.”

Nasihat sebegini biasanya menunjukkan bahawa dirinya sangat bimbang akan keadaan ada yang kerap tinggalkan waktu makan. Mana tidaknya waktu makan itu penting untuk tambah tenaga. Jika anda sibuk bekerja hingga jatuh sakit pasti dirinya risau nanti.



4. “Jangan boros sangat, nanti hujung bulan tak ada duit nak berbelanja.”

Pesanan seperti ini juga penting, mana tidaknya wanita ini kalau jumpa jualan murah mudah sahaja lupa bahawa duit itu perlu digunakan hingga hujung bulan. Dirinya sering mengingati ini bukan kedekut tetapi ingin anda berjimat cermat.

5. “Walaupun berbeza pendapat, dengar sahaja kata ibu, dia tahu yang terbaik untuk anaknya.”

Sangat beruntung jika miliki pasangan seperti ini. Dirinya cukup faham akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi pasti dia pasangan yang baik untuk anda.

6. “Hati-hati dalam bergaul tuh, bukan cemburu tapi perlu tahu batasnya.”

Dirinya tidak mudah untuk cemburu sesuka hati tetapi dirinya mahu anda menjaga maruah dan batas-batas pergaulan. Sudah pasti lah dirinya tidak mahu bakal isterinya melakukan perkara yang dilarang dan ingin menjaga maruah pasangannya.

7. “Setiap masalah ada jalan penyelesaian, jangan mudah marah.”

Wanita ini mudah melenting, jadi pasti dirinya mahu membuat pasangannya itu bertenang. Bahkan, dia tidak mahu pasangannya itu bertindak mengikut perasaan dan terburu-buru.

Setiap nasihat dan pesanan ini kelihatan begitu remeh tetapi besar maknanya. Jika anda memiliki pasangan yang suka berikan nasihat, dia adalah calon yang terbaik untuk anda nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen