Tanda-Tanda Perasaan Teman Lelaki Anda Semakin Pudar.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sememangnya mengimpikan satu hubungan percintaan yang berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Hal ini kerana, ia merupakan salah satu tujuan yang paling utama dalam membina perhubungan. Dalam percintaan ini sudah pasti lah perasaan memainkan peranan yang besar, di mana ia menjadi pengikat seseorang itu untuk terus bertahan dalam perhubungan tersebut. Namun bagaimana jika perasaan itu mula pudar? Mari ketahui tanda-tanda perasaan seseorang lelaki mula pudar terhadap anda.



1. Mula lambat membalas setiap mesej ataupun WhatsApp anda.

Jika anda lihat dahulu ia begitu beria-ria membalas setiap pesanan anda dengan kadar segera. Tapi itu pada permulaan hubungan bahkan kerana dirinya mahu memikat hati anda. Apabila telah lama dalam perhubungan, sudah pasti lah ia sudah membosankan dirinya. Hal ini kerana, dirinya sudah mula fahami anda.

2. Jarang keluar bersama.

Ketika awal percintaan dahulu dirinya akan kerap mengajak anda menghabiskan masa bersama. Mana tidaknya pada saat itu semuanya berbunga-bunga. Bahkan dirinya tidak sanggup menahan rindu jika tidak melihat wajah anda. Tetapi kini, dirinya sudah mula terbiasa dengan wajah anda sebab itu jarang mengajak anda keluar bersama lagi.



3. Lebih banyak diam.

Apabila keluar bersama dirinya lebih banyak mendiamkan diri dari berkata hal-hal yang remeh, sedangkan dirinya tidak sebegitu dahulu. Apabila anda bertanya, dirinya hanya akan berkata tidak apa-apa sedangkan riak wajahnya seperti sedang ada sesuatu yang mengganggu.

4. Mudah marah anda.

Ketika dirinya melakukan salah dan anda menasihatinya, ia mula melenting kerana tidak menerima teguran tersebut. Sedangkan jika dahulu, dia boleh sahaja terima setiap teguran daripada anda.

5. Dirinya selalu buat ada serba salah.

Sepatutnya jika dia di sisi anda, akan membuatkan anda lebih selesa dan ceria. Tapi kini kelakuannya membuatkan anda serba salah. Ia seolah-olah memarahi anda dan anda seperti telah melakukan kesalahan yang melukakan hatinya.

Apabila pasangan anda sedang lalui perkara ini, tidak perlu anda tanyakan dirinya. Sebaliknya adalah anda cuba mengambil hatinya kembali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen