Adakah Suami Yang Akan Menanggung Dosa Isterinya?

Ketika ijab qabul dilafazkan, maka tanggungjawab seorang suami adalah terhadap isterinya. Suami wajib ambil tahu segala yang dilakukan isterinya. Bahkan ketika isteri tidak melaksanakan solat, suami turut bertanggungjawab. Berbeza pulak ketika suami tak solat, isteri tak perlu bertanggungjawab kelak di hadapan Sang Pencipta.

Hal ini bukanlah kerana dosa isteri ditanggung oleh suami namun suami bertanggungjawab terhadap akhlak isterinya. Suami wajib mendidik isteri menjadi wanita yang taat pada perintah Allah SWT. Suami wajib mengingatkan isteri ketika isteri melakukan kesalahan dalam syariat atau kesalahan yang merugikan orang lain.

Jadi sebenarnya, dosa suami adalah bila dia lalai mengingatkan isteri supaya menjalankan perintah Allah, tidak mengingatkan isteri supaya menjauhi larangan Allah atau tidak mendidik isteri dengan kebenaran dalam hal agama.

Oleh kerana itu, penting untuk si suami mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan mengajak isterinya untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Wajib bagi suami untuk memahami tugasnya sebagai pemimpin rumahtangga yang harus mendidik isterinya seperti Rasulullah SAW mendidik isteri-isterinya dengan penuh kasih, kesabaran, dan pengertian. Wajib pula baginya untuk mendidik anak-anaknya agar kelak berakhlak mula, menjadi pejuang agama Allah yang tak kenal lelah dalam membela agamaNya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Katakanlah: '(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya”' (Al-An'aam:164)

Dosa suami hanyalah ketika dia tidak mendidik dan mengingatkan isterinya. Bila hal itu sudah dilakukan, maka dosa itu ditanggung oleh isteri itu sendiri. Bagaimanapun buat si isteri, perintah yang wajib dipatuhinya hanyalah perintah yang berlandaskan syariat. Perintah yang syubahat tidak wajib dilaksanakan. Isteri juga harus bijak membezakan mana perintah suami yang berlandaskan syariat, mana yang syubahat, dan mana yang melanggar syariat.

Sebaiknya, suami mahupun isteri hendaklah saling mengingatkan dalam hal agama, saling berkongsi ilmu. Bertambah baik lagi jika ada waktu yang dikhususkan untuk belajar agama bersama-sama dalam sebuah keluarga.

Mengadakan majlis ilmu dalam keluarga merupakan suasana idaman yang Insha Allah akan membawa lebih banyak keberkatan di samping menguatkan sakinah, mawaddah dan rahmah bukan saja bagi suami isteri tapi juga bagi anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata.

Lafaz ijab qabul bermaksud aku bersedia menerima segala tanggungjawab untuk mendidik, mengingatkan dan menegur dalam menuju syurga Allah. Jika itu tak dilakukan, maka suami bertanggungjawab ke atas dosanya di hadapan Allah dan begitu juga dengan dosa bakal anak-anak yang berada di bawah tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami.

Para isteri, jangan lupa belajar agama walaupun tak diajar oleh suami. Pada masa kini, ada banyak cara untuk menuntut ilmu agama seperti menghadiri majlis ilmu, membawa buku, atau hanya menonton program-program ilmiah di television.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen