Berhenti Mencari Kesempurnaan Pada Pasangan.

Sebagai manusia biasa, kita terlalu mencari kesempurnaan dalam diri pasangan kerana mahukan kebahagiaan. Kerana insan yang sempurna itu adalah dambaan setiap manusia, jadi tidak hairan lah ramai sahaja di antara kita berlumba-lumba demi untuk memiliki insan sempurna tersebut. Zaman sekarang, masyarakat melayu seperti bersaing untuk mendapatkan pasangan yang sempurna.

Siapa sahaja memiliki pasangan yang sempurna, pasti akan menemui kebahagiaan. Begitulah pemikiran masyarakat pada zaman sekarang. Sehinggakan terlupa harga diri demi mahu memiliki pasangan yang sempurna.

Menurut Islam apabila menginginkan pasangan yang baik, kita juga haruslah berubah menjadi seorang yang baik pada pandangan Islam. Tetapi apabila menginginkan pasangan yang sempurna, sebagai contoh, memiliki harta yang cukup, berpelajaran tinggi dan mempunyai pekerjaan tetap, malah mempunyai paras rupa yang elok pula, jika benar insan ini wujud, tetapi adakah sempurna luar dan dalam?

ALLAH ITU MAHA ADIL DALAM MENCIPTA MANUSIA.

Sebagai contoh, apabila seseorang memiliki gaji yang kecil, sudah tentu tidak mampu untuk membeli sesuatu barang diluar kemampuannya. Tetapi apabila gaji semakin meningkat, semakin banyak pula perbelanjaan. Semakin sempit juga untuk menikmati rezeki. Kenapa? Kerana kita tidak henti-henti mahukan kesempurnaan dalam hidup.

Apabila kita tidak henti-henti mahukan kesempurnaan, kita terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Berkenaan dengan jodoh, apabila mahukan pasangan yang serba serbi cukup sempurna diluaran mahupun didalaman, kita tidak nampak sebarang kebaikan yang perlu kita bersyukur. Ada sahaja yang tidak kena pada mata kita. Allah…

Seperti perkongsian dari Firdaus Syakirin..

"Apa yg dia ada yg isteri kita tiada? Apa lebihnya dia dan apa kurangnya isteri kita?"

Nak kata dia cantik, dulu isteri kita pun cantik...nak kata dia muda, dulu isteri kita pun muda...nak kata dia nampak menarik, dulu isteri kita pun nampak menarik...

Tapi kenapa kita masih nak memilih dia? Sbb dia belum melalui apa yg isteri kita lalui...apa tu? Dia belum menjadi milik kita, belum menjadi isteri kita...dan bila dia menjadi isteri kita, dia pun akan kelihatan sama seperti isteri kita yg kita ada skrg ni...

Guys,

Sometimes, we need to put a full stop in what we're searching for...

Cukup2 la, sampai bila nak mencari, sampai bila nak nampak org lain drpd isteri sendiri? Smpai bila kita akan puas...nak apa lagi dlm dunia ni? Nak ada keje, dah ada...nak ada rumah,dah ada...nak ada kereta,dah ada...nak ada isteri,dah ada...nak ada anak,dah ada...

Nak ada apa lagi?

******** Semoga Bermanfaat ********


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen