5 Sebab Kenapa Lelaki Sukar Meminta Maaf Pada Pasangannya.

Lelaki adalah golongan yang agak sukar juga untuk mengungkapkan kata maaf kerana ego di dalam dirinya. Tidak mahu kelihatan lemah dihadapan orang ramai, dan mahu menjaga air mukanya juga. Tetapi apabila dirinya berjiwa sensitif, mustahil seorang lelaki itu tidak akan meminta maaf apabila melakukan kesilapan terutamanya pada orang yang mereka sayang.

Namun, apabila dalam percintaan, lelaki akan berasa ralat untuk meminta maaf pada pasangannya, sekiranya wanita berkelakuan sebegini…

1. Wanita yang suka membuat muka simpati selepas pertengkaran.

Wanita tahu akan kelemahan lelaki dimana buat muka sedih sedikit, pasti lelaki akan tergugat dan tidak melempiaskan marahnya. Akan tetapi, lelaki akan menjadi rimas apabila setiap kali pergaduhan, pasangannya akan mula menitikkan air mata dan merajuk berpanjangan seolah-olah dia seorang sahaja yang tertekan akibat pertengkaran tersebut.

Jika terjadinya situasi ini dengan kerap, lelaki akan merasakan air mata tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan ‘tiada maaf bagimu..’

2. Wanita yang suka mengaibkan dirinya pada sahabat baik.

Setiap wanita pasti memiliki sahabat baik, bukan? Jadi, setiap lelaki akan tahu, apabila terjadinya pergaduhan pasti situasi tersebut akan dikongsikan pada sahabat baik mereka. Dalam tidak sedar, wanita telah menceritakan segala apa yang terjadi dari A sampai Z tentang lelaki tersebut dimana ia menjurus mengaibkan lelaki itu.

Lelaki juga secara tidak langsung akan mengandaikan dirinya adalah insan yang jahat pada mata kekasihnya. Tindakan ini tidak adil, kan?

3. Wanita yang suka membuat kesimpulan sendiri.

Kelakuan wanita sebegini juga membuatkan lelaki sukar untuk mengungkap kata maaf, kerana mereka tidak mahu mensia-siakan kata maaf jika pasangannya sering membuat kesimpulan sendiri. Belum tahu lagi kisah yang benar, sudah membuat andaian negatif. Malah tidak masuk akal pula. Jangankan tidak masuk akal, kadang-kala suka pula menokok tambah.

4. Wanita yang suka meroyan tentang masalahnya dengan pasangan di sosial media.

Wanita ini bukan sahaja sukar meminta maaf pada pasangannya, bahkan masih lagi membuat kesilapan dengan meroyan malah mengaibkan pasangan di sosial media. Lelaki lebih gemar apabila pasangannya mengalami masalah terus sahaja berdepan dengan dirinya, bukan meluahkan perasaan di sosial media. Oleh kerana itu, lelaki sukar meminta maaf, kerana pasangannya tidak putus-putus melakukan kesilapan.

5. Wanita yang suka marah sambil membaling barang.

Wanita sebegini agak agresif, kadang-kala bukan sahaja barang disekeliling menjadi mangsa balingannya, malah tangannya tidak boleh duduk diam. Seperti memukul, menampar, mencubit atau menggigit pasangannya sendiri. Sudah lah anda menyakiti hati dan perasaannya, secara fizikal juga anda mahu menderanya. Jika anda tidak meminta maaf dengan kelakuan tersebut, tidak hairan kenapa lelaki sukar meminta maaf pada anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen