“Tak Mahu Bercinta Sebelum Berkahwin, Tetapi Berapa Lama Perlu Berkawan?”

Apabila anda sudah lama tidak bertemu jodoh malah sukar untuk bertemu dengan jodoh, dan kemudian muncul pula seseorang untuk berkenalan. Umur juga semakin meningkat, diikutkan hati mahu terus bernikah kerana tidak mahu membuang masa.

Anda mula tertanya-tanya, adakah perlu terus menjalinkan hubungan yang serius? Adakah perlu berkenalan dahulu supaya dapat mengenal hati budinya? Tetapi berapa lama untuk berkenalan, khuatir nanti perasaan mudah berubah. Tetapi jika tidak mengenalinya dengan secukupnya, khuatir juga jika dipermainkan perasaan.

Perasaan anda mula berbolak-balik. Keliru.

“Menurut kajian, apabila anda mula berkenalan dengan seseorang dan terburu-buru untuk berkahwin seolah-olah tiada hari esok, ia berpotensi muncul banyak masalah dalam rumah tangga kelak. Oleh kerana dunia zaman sekarang semakin canggih dengan teknologi semakin membangun, ia membuatkan orang di sekeliling kita mempunyai niat untuk berkahwin hanya kerana mahu menunjukkan hari indah tersebut pada umum…..

Ia diibaratkan semua pasangan yang terburu-buru untuk berkahwin telah dibutakan oleh hasrat, nafsu, dan kegembiraan semata-mata. Pasangan ini sangat bermotivasi untuk berkahwin dan menamatkan zaman bujang kerana keinginan seksual yang tinggi dalam diri. Perasaan teruja apabila sudah lama tidak bercinta itu datang kembali, dan hormone adrenaline anda melonjak-lonjak kerana terlalu obsess dengan pasangan…..

Jadi, keinginan seksual yang sangat tinggi mampu membutakan mata anda tentang cabaran perkahwinan yang anda akan hadapi…”

Oleh itu, elakkan diri anda dibutakan dengan keinginan seksual semata-mata.

Dan tanya pada diri anda sendiri 3 soalan ini…

  1. Adakah anda berdua percaya antara satu sama lain?
  2. Adakah anda sudah persiapkan diri untuk menangani konflik dan stress dengan baik?
  3. Adakah anda sanggup berkongsi apa juga perkara?

Dan menurut kajian lagi, ia mengambil masa selama setahun sebenarnya untuk mengenali seseorang dengan lebih terperinci dan untuk mengetahui jika orang tersebut boleh dipercayai atau tidak.

Namun sedemikian, apa yang dapat kita lihat dalam masyarakat melayu, kita sering dengar adalah “Tak elok melambat-lambatkan perkara yang baik, pernikahan kan membawa rezeki pada pasangan..”, tetapi apakah maksud sebenar pernikahan membawa rezeki menurut Islam?

Apabila mahukan perkahwinan yang berlandaskan Islam dan mahu mendapat keberkatan dari Ilahi, seelok-eloknya semua perkara juga kita perlu buat berlandaskan agama. Janganlah asalkan nak kahwin, baru nak ikut sunnah. Asalkan poligami, baru nak ikut sunnah. Tetapi perkara lain, tidak ikut sunnah pula?

Pernikahan membawa rezeki membawa maksud, mencari jodoh kerana Allah SWT. Kita yakin sebaik-baik jodoh yang diberi adalah daripada Allah SWT. Kerana segala kekurangan adalah datang dari kita sendiri yakni seorang manusia yang sentiasa melakukan dosa. Apabila sudah berkenalan dengan seseorang, hati juga sudah terpaut, jagalah hatinya, dan jaga juga hati sendiri daripada tidak terlalu mengikut nafsu semata-mata. Berdoa.

Hanya empunya diri sahaja dapat mengetahui untuk berkenalan pada waktu yang singkat, atau mengambil masa yang lama, kerana kehidupan masing-masing adalah berbeza. Jika yakin pada takdir Allah, berkenalan dalam waktu yang singkat dan terus berkahwin juga boleh bahagia. Kerana Jodoh itu rahsia Allah SWT.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen