15 Perangai Pelik Lelaki Sebelum Kahwin Yang Wanita Harus Tahu. Lelaki Setuju Tak?

Oleh: Rafi

Banyak perkara yang wanita tidak tahu mengenai perangai pelik seorang lelaki sebelum berkahwin. Namun semua perkara itu akan terbongkar selepas mendirikan rumah tangga dan hidup bersama. Tidak hairanlah selepas berkahwin, para isteri mula mengenal perangai sebenar si suami yang sebelumnya tertutup ketat lagi rapat daripada pengetahuan pasangan. Mahu tahu apakah perangai pelik tersebut. Entri kali berkongsikan 15 perangai pelik lelaki sebelum berkahwin!



1. Dia yang gagah perkasa itu rupanya takut pada anak kucing.

2. Keretanya berhabuk secuit, dia akan mandikan dengan penuh kasih sayang dan mesra. Bilik air berkulat? Tahun depan pun belum tentu dia akan cuci.

3. Dia yang macho dan cool itu pandai merajuk kerana anda ‘terminat’ Justin bieber dan Shawn Mendes.

4. Kahwinlah berpuluh tahun pun, dia tetap akan bangun lambat setiap kali bermalam di rumah ibunya.



5. Bonus hujung tahun digunakan untuk up-grade keretanya yang sudah sedia tip top. Tetapi bukan untuk beli baju baru atau alat solek supaya isterinya bertambah tip top.

6. Dia mendengar dengan penuh perasaan setiap kata anda sebelum berkahwin. Selepas kahwin, anak-anak akan menjadi agen perantara.

7. Dia yang kacak seperti Brad Pitt itu rupanya mandi hanya 20 saat sahaja.

8. Dia boleh basuh pinggannya sendiri selepas makan, tetapi anda harus terlangkupkannya.

9. Jangan suruh dia membuang sampah ketika dia sedang menonton World Cup.

10. Letaklah meriam di sebelah telinganya, dia tetap akan melingkar di katil. Tetapi, cuba beritahu yang kawannya datang dan ajak untuk menonton bola atau melakukan aktiviti
kegemarannya dia akan segera bangkit segar bugar.



11. Dia simpati bercampur takut mengenangkan anda harus lalui proses bersalin. Tetapi selepas beranak satu, jadual bersalin anda sama padat dengan acara aktivitinya.

12. Dia mencintai dan menerima anda seadaanya, tetapi Selena Gomez tetap wanita paling cantik di dunia.

13. Dia tidak akan faham kenapa anda tidak makan nasi supaya berat badan turun. Anda tidak faham mengapa dia hisap rokok sampai indeks kualiti udara di rumah tidak turun-turun.

14. Anda disuruh berjimat kerana harga barang dan minyak telah naik, tetapi dia masih hisap rokok 10 kotak sehari.

15. Sebaliknya, dia seorang yang lebih cerewet dalam bab mengemas rumah, mengalahkan ibu anda sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen