“Tak Selalu Jumpa, Bukan Makna Tak Cinta..” 6 Sebab Cinta Jarak Jauh Itu Membuat Hubungan Semakin Erat.

Tidak semua pasangan cekal untuk bercinta jarak jauh dengan yang tersayang. Ada sahaja yang terkandas di tengah jalan, dan ada juga yang bernasib baik kekal hingga ke jinjang pelamin. Jom ketahui 6 sebab hubungan jarak jauh sebenarnya membuat hubungan anda semakin erat…

1. Ada masa untuk bersendirian.

Jika kita sering dengar pasangan yang suka berkepit dan clingy, tetapi pasangan ini tidak. Mereka memang memerlukan masa untuk bersendirian, kerana tidak mahu rimas dengan pasangan. Adanya waktu sendiri akan membuatkan dirinya dapat bertenang, lalu dapat berfikir secara rasional.

2. Jarang bergaduh.

Di dalam perhubungan, tidak boleh jika tiada pergaduhan, tetapi tidak sihat pula jika sering bergaduh. Namun sedemikian cinta jarak jauh ini membuatkan pasangan mengalami situasi jarang bergaduh sahaja kerana jarang berjumpa. Jarang berkomunikasi, jadi jarang juga mempunyai pendapat yang berbeza. Berkomunikasi perkara yang mendatangkan faedah sahaja.

3. Mengajar diri untuk menjadi lebih dewasa.

Kebiasaannya jika anda seorang yang sanggup mengambil risiko bercinta jarak jauh, anda seorang yang berfikiran lebih matang. Ini kerana bagi anda jika bercinta sekalipun, tidak perlu hendak jumpa setiap hari pun. Cukup bertanyakan khabar dan sesekali meluahkan rasa cinta, itu pun sudah memadai.

Tidak seperti sesetengah orang yang jika boleh setiap hari hendak bertemu, dan jika tidak meluahkan rasa cinta, mula la fikirkan perkara yang bukan-bukan. Umpama bercinta dengan budak kecil pula.

4. Memiliki perasaan ingin tahu yang kuat.

Apabila jarang bertemu, rasa ingin mengenali pasangan itu makin menebal. Setiap hari ada sahaja topik yang menarik hendak dikongsikan. Ini kerana masing-masing terlalu teruja untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi jangan pula terlalu kerap menelefon pasangan, ini kerana mereka pun perlukan masa untuk sendiri.

5. Mengajar diri untuk menjadi seorang yang tabah dan sabar.

Bukan mudah untuk cuba bercinta dengan orang jauh, ianya mengajar erti sabar dalam diri. Jika orang lain sering bertemu dengan pasangan mereka dan anda pula hanya melihat sahaja, ia akan menguji tahap kesabaran anda. Namun sebenarnya anda lebih beruntung kerana anda tidak perlu rungsing untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk keluar dengan kekasih anda bukan? Anda ada masa untuk diri sendiri dan itu paling penting.

6. Mengajar diri untuk menjadi lebih setia.

Apabila berjauhan, ia mengajar anda untuk menjadi setia. Ini kerana dalam keasyikan anda melihat orang lain keluar bersama, keinginan anda untuk seperti mereka itu tinggi. Walaupun cinta anda pada pasangan anda kuat, namun sedikit sebanyak akan menggugat hati anda bukan? Belajarlah untuk setia, ianya melambangkan anda bagaimana anda setelah berkahwin kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen