“Kalau Betul Dah Tak Sayang, Jangan La Senyap..” Tanda Teman Lelaki Sudah Lagi Tidak Mencintai Tapi Masih Ragu-Ragu.

Setiap pasangan pasti akan mengalami situasi dimana, hati sudah mulai tawar tetapi takut untuk berterus-terang pada si dia. Masih ragu-ragu perlu berpisah, atau masih bertahan kerana terlalu sayang dengan hubungan yang telah terbina. Jika benar hati sudah tiada cinta, mengapa masih mahu menyimpan kekasih di dalam hati ibarat penjara?

Jom ketahui antara tanda-tanda pasangan tidak menyayangi dan mencintai anda, tapi masih ragu-ragu dan takut untuk berterus-terang…

1. Sukar untuk membalas whatsapp anda.

Sebelum masalah berlaku, anda perlu bersedia terlebih dahulu. Terutama jika masalah berkenaan dengan kesinambungan hubungan anda dengannya. Satu tanda bahawa dia telah mula tidak selesa dengan anda adalah apabila mesej yang anda hantar tiada balasan. Tiba masanya anda perlu waspada dengan mengingatkan lagi jika anda pernah melakukan sesuatu yang salah berkaitan dengan kekasih anda.

2. Mempunyai pelbagai alasan untuk berjumpa.

Si dia mempunyai pelbagai alasan untuk berjumpa, walhal anda tahu si dia tidaklah begitu sibuk. Sudah terang lagi bersuluh, anda sudah tahu jawapannya. Bila bertemu-janji dia sibuk dengan halnya sendiri seperti bermain dengan game di telefon bimbit, tiba-tiba rajin membalas notification group whatsapp, atau termenung sahaja tanpa berbicara dengan anda.

3. Tidak lagi berkongsi cerita.

Apabila anda dengan si dia bertemu, si dia hanya mendiamkan diri sahaja, malah tidak terbuka. Jika sebelum ini si dia begitu rajin berkongsi cerita mengenai apa sahaja isu, tetapi kali ini anda sahaja yang kuat berceloteh. Komunikasi tanpa dua hala ini sebenarnya amat menyakitkan hati, malah boleh membuat diri anda sakit jiwa.

4. Si dia sudah mula tidak jujur pada anda.

Sebagai wanita anda sepatutnya dapat membaca hati budi teman lelaki anda. Jika dia seperti ini, anda tidak perlu menunggu dia bercakap mengenainya. Anda adalah satu-satunya yang harus lebih aktif dalam merangsang keterbukaannya. Jadi pilihlah waktu yang sesuai untuk tanyakan masalah pada dirinya, dan berusaha membuat dirinya berbicara.

Ketika situasi ini berlaku, anda perlu ingatkan pada diri anda untuk mengawal emosi dan tidak terus menyatakan untuk si dia mencari lain. Dan pada saat ini jugalah, anda perlu memancing kembali hatinya jika benar masih ada lagi perasaan sayang padanya. Jika anda terus meminta putus, kebarangkalian lelaki itu untuk terus mengankat kaki adalah tinggi.

Tunggu waktu apabila dia selesa untuk bercakap, dan ketika itulah anda patut tanya apa masalah sebenar. Jangan bimbang atau mengesyaki dia akan meninggalkan anda. Mungkin dia hanya dalam fasa bosan. Yakinlah anda boleh menyelesaikan masalah ini dan setiap masalah itu ada jalan keluarnya. Bersikap terbuka dan carilah penyelesaian yang terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen