5 Perkara Ini Bukan Sahaja Buat Hubungan Bertahan Lama Tetapi Hingga Ke Jingjang Pelamin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi harapan dan cita-cita seseorang untuk berkahwin dengan pasangan yang mereka cintai. Sebab itu lah ramai yang sanggup bertahan terhadap hubungan yang dibina walaupun, banyak liku dalam perhubungan tersebut. Mana tidaknya, alang-alang seluk perkasam biar sampai ke pangkal lengah, gitu orang kata.

Tapi untuk jayakan satu hubungan hingga ke pelaminan ini bukan satu hal yang mudah. Mana tidaknya, semakin kuat pertahankan dan cuba bertahan, makin banyak dugaan yang perlu dihadapi. Jadi dengan itu, mari ikuti lima cara ini.



1. Tiada pembohongan sejak dari awal perkenalan.

Pada awal perkenalan ini, tunjukan siapa diri anda. Jangan pernah menipu di awal perhubungan ini. Mana tidaknya, sekali anda menipu ia akan berlanjutan dan semakin membesar pernipuan itu. Jadi jujur sahaja terhadap diri anda itu, agar dia tahu siapa anda. Jika dirinya menolak anda kerana diri anda, jangan risau pasti ada sahaja yang akan menerima anda dengan hati yang terbuk.

2. Masa yang kualiti bukan kuantiti.

Bilang itu tidak penting untuk orang yang saling mencintai, tetapi yang penting bagi mereka ialah kualiti masa yang diluangkan bersama-sama. Bukan mudah untuk memberi kualiti dalam setiap kali pertemuan berbanding untuk berikan kuantiti perjumpaan. Jadi tunjukkan usaha anda denga hargai dirinya yang berada di depan mata anda ketika itu. Jangan bazirkan masa dengan bermain phone pula.

3. Komunikasi yang baik antara kedua belah pihak.

Untuk mencapai satu hubungan yang baik sudah pasti lah komunikasi ini memainkan peranan penting. Setiap masalah dan salah faham akan mampu diselesaikan dengan baik jika mempunyai komunikasi yang bagus. Jadi, dalam setiap perkara dahulukan komunikasi terlebih dahulu walaupun ia melibatkan hal yang kecil. Kecil bagi anda tetapi tidak bagi dirinya.



4. Matlamat yang sama.

Selain komunikasi, matlamat yang sama juga membantu anda saling bertahan terhadap perhubungan tersebut. Apa matlamat utama dalam perhubungan? Sudah tentu lah setiap perhubungan yang dibina itu berakhir dengan perkahwinan. Jadi apabila perkahwinan jadi matlamat, kedua-dua pihak perlu berusaha dengan lebih gigih untuk pertahankan hubungan.

5. Percaya dan jujur.

Telah menjadi perkara biasa dalam perhubungan perlu adanya kepercayaan serta kejujuran. Namun begitu letakkan sedikit ketidak percayaan terhadap pasangan walaupun hanya 2% sahaja. Mana tidaknya, ia mungkin akan membantu anda apabila kecewa dengan sikap pasangan yang tidak jujur nanti.

Kedua-kedua dari anda harus sentiasa bersedia dengan setiap cabaran dalam hubungan ini. Ketika bercinta, bertunang mahupun telah menjadi suami isteri, cabaran dalam hubungan tidak akan pernah berakhir. Jadi jangan terlalu leka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen