4 Sebab Utama Anda Perlu Kenalkan Bakal Jodoh Kepada Kedua Ibu Bapa.

Rasulullah SAW bersabda: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Selagi kita masih mempunyai ibu bapa, selagi itu kita masih lagi dibawah tanggungan mereka. Jangan membelakangkan kedua ibu bapa apabila membuat sesuatu keputusan. Seperti hadith di atas, menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa adalah dosa yang besar kerana mengundang kemurkaan Allah SWT.

Mungkin kita sendiri tertanya-tanya, mengapa sukar untuk bertemu jodoh, malah sudah bertemu dengan seseorang sering kali putus? Kemungkinan besar tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Mungkin anda tidak sedar dengan kelakuan untuk menyembunyikan dahulu pasangan dari ibu bapa atas dasar keseronokan menyebabkan jodoh tidak tersangkut. Tiada siapa yang tahu, melainkan Allah SWT.

Jom lihat antara sebab anda perlu terus kenalkan seseorang pada kedua ibu bapa anda…

SUPAYA KEDUA IBU BAPA TIDAK MENCARI CALON UNTUK ANDA.

Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak kesayangannya masih lagi belum bertemu jodoh. Sudah tentu dalam diam, mereka cuba mencari jodoh untuk anaknya. Apabila anda sentiasa menyembunyikan dengan siapa anda berkawan, sudah pasti ibu bapa anda akan mula risau dan kenenkan anda dengan anak kepada rakan mereka.

Zaman sekarang, ada sahaja sebilangan daripada kita tidak bersetuju apabila jodoh diuruskan oleh ibu bapa, kan? Jadi, dengan siapa sahaja anda berkawan, beritahu sahaja pada ibu bapa. Kerana keberkatan dari ibu bapa itu penting. Jika anda tidak pasti berjodoh dengan seseorang, beritahu sahaja cerita yang benar.

“Saya memang ada berkawan dengan dia ni, tapi nak kawan je dulu, tengok serasi ke tidak, kalau dah betul-betul serius saya bawa dia jumpa mak ya..”

Kan sejuk ibu anda mendengarnya.

SUPAYA IBU BAPA DAPAT MENGENALI KEKASIH ANDA TERSEBUT.

“Alahhh, kalau dah berkawan tu, kekasih la tu…” usah menafikan apa yang disebut oleh kedua orang tua anda, kerana kata-kata dari mulut mereka adalah salah satu doa yang diberkati oleh Allah SWT. Senyap dan senyum sahaja, walaupun anda sendiri takut jika tidak serasi dengan seseorang tersebut.

Bawa sahaja insan yang telah memikat hati anda untuk berjumpa dengan kedua orang tua anda, suapay mereka dapat melihat dengan lebih dekat. Jika anda membawa insan tersebut, secara automatik si dia akan rasa dihargai dan disayangi, sudah tentu boleh nampak betapa ikhlas hati anda melakukan sebegitu rupa.

SUPAYA IBU BAPA LEBIH PERCAYA PADA DIRI ANDA.

Ibu bapa sudah mempunyai kepercayaan bahawa anda sudah boleh berdikari, jadi tunjukkan pada mereka juga bahawa anda boleh mencari bakal jodoh anda untuk mereka. Tingkatkan kepercayaan dan keyakinan kedua orang tua supaya apabila membawa insan tersebut, mereka dapat menilai kebaikan pada si dia.

Dari sini ibu bapa akan menilai daripada semua aspek seperti tingkah laku, peribadi, serta kesetiaan pasangan anda dalam menawan hati anak mereka. Dari situ juga mereka akan melihat kesungguhan dan kejujuran pasangan anda terhadap anda.

SUPAYA ADA TANGGUNG JAWAB DALAM DIRI.

Jika anda sudah memperkenalkan seseorang pada kedua ibu bapa, ia akan membuat diri anda secara tidak langsung menjadi lebih bertanggung jawab. Bertanggung jawab untuk menempuh komitmen seperti menyimpan wang, mencari harta dan seumpama dengannya. Pasti anda sendiri akan merasa ralat untuk tidak bertanggung jawab, walhal sudah diperkenalkan pada kedua orang tua anda. Pasti anda tidak mahu main-main lagi semata-mata untuk mencari keseronokan, kan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen