“Jangan Menyesal Apabila Pasangan Sudah Menghadap Ilahi, Kerana Dia Tidak Akan Hadir Untuk Kali Kedua”

“Apabila Berpasangan Sentiasa Mengeluh Tentang Keburukan, Tetapi Apabila Berpisah Hanya Teringat Pada Kebaikan…” Begitulah lumrah manusia.

Sudah lumrah manusia hanya mengingati keburukan dan kesalahan sahaja apabila bersama. Jika berdekatan, asyik menuding jari pada kesalahan, tidak pula nampak kebaikan yang sering dilakukan oleh mereka.

Seumpama apabila kita telah meninggalkan dunia ini untuk menghadap ilahi, ketika itulah ramai yang menziarahi kubur kita dan mengingati segala kebaikan. Dan pada saat itulah ramai juga ziarah dengan bunga digenggaman.

Jangan sehingga rasa menyesal apabila pasangan sudah meninggalkan kita kelak. Menangis air mata berdarah sekalipun, pasangan tidak akan hadir untuk kali kedua.

BERSYUKUR PADA ANDA YANG TELAH MENEMUI JODOH.

Bersyukurlah anda menerima pasangan seadanya…

Bersyukurlah anda menerima kebaikan dan keburukan yang dimiliki olehnya…

Bersyukurlah anda dapat mengharungi dugaan dan rintangan bersama si dia….

Belajarlah untuk menerima pasangan seadanya, kerana kekurangan yang dimiliki sudah takdir dari Allah untuk melengkapi diri kita. Dimana kelebihan yang kita ada adalah untuk menutupi segala kelemahan yang ada pada pasangan anda, begitu jugalah sebaliknya.

Jangan pernah merungut, tetapi sentiasa lah berdoa. Tidak jemu berdoa pada Allah SWT untuk menetapkan perasaan pada pasangan, malah menetapkan perasaan pasangan pada kita. Kerana perasaan kita ini mudah berbolak-balik.

Tidak jemu jugalah untuk menitip namanya dalam doa yang menandakan hati kita memang benar-benar untuk dirinya. Benar-benar menyayangi dirinya. Benar-benar ikhlas mencintai dirinya.

PASANGAN ADALAH AMANAH DARI ALLAH UNTUK DIJAGA.

Bukan sahaja jasad yang anda miliki adalah amanah dari Allah untuk dijaga, bahkan pasangan yang berjodoh dengan anda juga adalah amanah dari-Nya. Apakah tidak ralat dalam hati apabila terlalu mengeluh dan merungut tentang pasangan?

Ada sahaja pada pasangan yang tidak kena pada mata anda. Bukan sahaja dari awal perkenalan anda tidak berpuas hati contoh dengan penampilannya, sudah berkahwin juga sentiasa merungut. Jadi, apakah penyelesaian untuk anda menghadapi dugaan dan ujian ini? Dengan mencari pengganti, dan tidak menghargai dirinya?

Lapangkan lah dada, buka mata seluasnya kerana kita ini manusia yang tidak sempurna. Jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan. Jangan harapkan percintaan tanpa pengorbanan. Jangan harapkan kebahagiaan tanpa penderitaan.

Kerana setiap hubungan tersebut, pasti ada manis walaupun ada pahit yang perlu ditelan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen