Tanda-Tanda Pasangan Terlebih Sayang Pada Anda.

Siapa sahaja yang tidak menyayangi pasangannya, bukan? Setiap daripada kita pasti ingin sayang menyayangi. Memiliki perasaan sayang dalam diri itu, adalah anugerah yang telah diberi oleh Ilahi untuk kita menjadi seorang yang penyayang dan berperikemanusiaan.

Tetapi, bagaimana pula dengan kaedah TERLEBIH SAYANG ni? Adakah dari kalangan pasangan, yang terlebih sayang sehinggakan si dia menjadi rimas? Pasangan yang terlebih sayang ini sentiasa diberi gelaran seperti over protective, ibarat belangkas dan seumpama dengannya.

Jadi, adakah pasangan anda TERLEBIH SAYANG pada anda, jom baca tanda-tanda seperti berikut…

UNTUK PASANGAN YANG BELUM BERKAHWIN MUNGKIN…

1. Kerap menghubungi anda.

Setiap hari mahu menghubungi anda, tidak kira membuat panggilan atau whatsapp. Bukan sahaja pada pagi hari, tengah hari dan waktu malam juga, pasangan tidak putus-putus menghubungi anda. Suka atau rimas? Sebahagian daripada anda mungkin suka, kerana diberi perhatian dengan sebaiknya.

2. Ada sahaja barang yang dibeli jika travel bersama kawan.

Apabila pasangan pergi kemana-mana sahaja, atau travel ke luar negara, ada sahaja barang yang dibeli untuk anda. Kerana di dalam fikirannya, sentiasa ada anda yang disayangi.

3. Tidak lupa membeli makanan kegemaran anda.

Mana boleh lupa untuk membeli makanan kegemaran anda, jika keluar bersama. Makanan kegemaran anda juga, tiba-tiba sahaja menjadi makanan kegemaran dia juga.

4. Malah setiap minggu kalau boleh masak untuk anda.

Lelaki zaman sekarang juga sudah pandai memasak, bukan sahaja wanita yang menghantar makanan kegemaran pada teman lelakinya, bahkan lelaki juga akan melakukan sebegitu. Bertuahnya jika memiliki pasangan sebegini!

5. Sentiasa ingatkan diri anda untuk jaga diri.

Di pengakhiran perbualan sentiasa ada ‘Take Care’ dari si dia. Pasangan tidak lupa dan tidak jemu-jemu untuk mengingatkan diri anda sentiasa menjaga diri.

6. Sentiasa memberitahu bahawa dirinya sayang pada anda.

Dan peringatan yang terakhir dari pasangan tentulah memberitahu tentang kasih sayangnya.

JIKA YANG TELAH BERKAHWIN PULA

1. Pasangan tidak sabar pulang ke rumah.

Seperti di awal perkahwinan pula, ketika tiada anak-anak disisi, mesti tidak sabar untuk pulang ke rumah. Namun, perasaan itu tidak pernah berubah walaupun sudah berumah tangga. Hati dan perasaan melonjak gembira untuk pulang ke rumah, kerana tidak sabar untuk berdampingan dengan suami/isteri.

2. Apabila menonton televisyen bersama, melekat seperti belangkas.

Tidak sabar untuk pulang ke rumah, kerana mahu menonton drama atau movie bersama-sama seperti baring di atas peha isteri, memeluk dan seumpama dengannya.

3. Kerap ajak makan bersama.

Ketika makan tengah hari, sudah makan bersama, makan malam juga masih ingin bersama.

4. Kerap memuji.

Pasangan juga tidak lupa untuk memuji apabila anda kelihatan kemas dan cantik.

5. Kerap memberi kata-kata semangat.

Walaupun anda tidak dilanda masalah, setiap hari pasti ada sahaja kata-kata semangat dari pasangan. Itu menandakan pasangan memang sudah terlebih sayang pada anda.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen