Berubah Menjadi Seorang Yang Tidak Baik, Adalah Salah Satu Tanda Si Dia Bukan Jodoh Yang Tepat.

Sering kita mendengar seorang kenalan adalah refleksi pada diri kita sendiri. Namun sedemikian, jika kita memilih seseorang untuk berkawan dan mula serasi, itu juga menunjukkan salah seorang mampu memberi pengaruh yang besar dan menjadi punca sikap kita berubah.

Berkenaan dengan jodoh, terutamanya sebagai seorang muslim, apabila kita mula menjauhkan diri daripada Allah, lupa untuk solat, tiba-tiba tidak rajin untuk mengaji, sanggup menipu ibu bapa untuk keluar bertemu dengan si dia adalah salah satu tanda, si dia bukan lah jodoh yang tepat.

Ini adalah gerakan naluri hati anda apabila mengenali seseorang yang anda tidak sedar. Secara kasarnya, sudah tentu anda tidak menyedari perbuatan ini, sehinggakan orang sekeliling yang menegur anda dengan perubahan diri yang drastik atau perlahan-lahan.

Anda mungkin menyatakan, inilah pendirian anda, tidak dipengaruhi oleh sesiapa yang membuatkan anda berubah. Anda berubah kerana mahukan perubahan tersebut, dan bermati-matian menafikan si dia yang menyebabkan anda berubah. Namun anda tidak sedar bahawa ia adalah petunjuk dari Allah untuk anda menjauhi si dia.

KESEDARAN DIRI.

Perkara ini akan berlaku sebaliknya, sekiranya anda sendiri yang sedar. Anda sendiri tahu situasi tersebut membuatkan anda lalai. Kesedaran diri itu perlu berlaku dalam diri anda sendiri, bukannya pada orang lain.

Anda sendiri perlu berubah dan memaksa diri untuk memperbaiki kelemahan supaya orang yang mendekati menerima kelemahan tersebut. Bukannya apabila mengetahui kelemahan anda, si dia terus mengambil kesempatan. Bukannya menguji anda untuk melakukan sesuatu keburukan sehingga mengaibkan. Hati-hati dengan orang sebegini.

Jika anda tidak sedar dengan situasi begini, lama-kelamaan anda akan menjuruskan diri sendiri ke arah yang tidak baik atau lebih terperinci ke lembah maksiat. Oleh itu pentingnya apabila berkenalan dengan seseorang, kerana situasi ini menunjukkan kenalan anda adalah seorang yang baik atau tidak. Seorang yang boleh dijadikan bakal isteri/suami atau tidak.

PETUNJUK BUKAN JODOH YANG TEPAT.

Selain daripada itu, untuk mengetahui jika si dia bukan jodoh yang tepat adalah apabila…

1. Si dia membuatkan kerjaya dan ahli keluarga anda bukan keutamaan dalam diri anda, namun si dia sebaliknya. Anda harus mencari dirinya apabila berlaku sesuatu seperti ‘tipu sunat’ pada ibu bapa.

2. Si dia membuatkan diri anda penat menutup kelemahannya. Jika benar si dia adalah jodoh yang tepat bagi anda, anda tidak pernah menyesal dengan kelemahannya, malah menerima si dia dengan seadanya.

3. Si dia membuatkan anda tidak berkomitmen. Si dia membuatkan anda menjadi semakin malas untuk melakukan sesuatu perkara seperti malas bekerja, malas menyimpan duit, malas untuk bertemu dengan keluarga, malas mencapai cita-cita, tetapi hanya mengejar keseronokan sahaja.

Oleh yang demikian, berhati-hatilah dalam mencari jodoh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen