Selain Keserasian, 3 Perkara Ini Juga Penting Dalam Perhubungan Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencari pasangan yang serasi itu bukan lah satu hal yang mudah. Dalam mencari jodoh ini, pasti semua orang mempunyai cita rasanya yang tersendiri tetapi, tidak semua perkara yang kita inginkan itu akan menjadi satu kenyataan. Boleh jadi ia sekadar angan-angan sahaja. Namun begitu, tidak semestinya tidak menjumpai seseorang yang serasi itu bermakna anda tidak mampu mencapai kebahagiaan.



Boleh jadi anda akan menjumpai kebahagiaan dari segi yang lain pula. Mungkin sikap dan telatahnya akan memikat hati anda. Berikut adalah tiga perkara yang perlu ada dalam mencari pasangan jiwa anda.

1. Seorang yang mengjengkelkan anda.

Jangan ingat seseorang yang mengjengkelkan ini sebenarnya merimaskan serta menyakitkan hati. Sikap mengjengkelkan mereka ini sebenarnya cuba membuat seseorang itu terpikat serta bersenang hati dengan mereka. Itu adalah satu cara mereka bergurau dan memikat hati anda.

Sebagai contoh, pasangan anda suka menyakat serta mengejak anda, pasti ia sakitkan hati bukan tetapi itu cara mereka untu bergurau dengan anda. Walaupun anda berasa sakit hari dengan sikapnya itu, ia pasti akan memberi kesan di hati anda.

Mana tidaknya, sikap si dia yang mengjengkelkan itu akan masuk ke dalam hati. Bahkan ia akan membuatkan anda rasa rindu selalu bila dirinya tiada.

2. Seseorang yang buat anda rasa selesa.

Mencari pasangan hidup ini bukan hanya rupa paras dan harta benda sahaja yang perlu dilihat. Tapi satu perkara ini teramat lah penting selain keserasian dalam perhubungan. Keselesaan kalian bersama akan membuatkan hubungan itu lebih kukuh dan erat kerana masing-masing mudah luahkan apa yang dirinya rasakan.

Jadi, jika hendak mencari pasnagan, cari seseorang yang akan anda rasa selesa denganya. Keselesaan ini tidak semua orang boleh rasai. Mana tidaknya, anda boleh bergurau dengannya apabila tidak ada rasa malu dan was-was. Baru lah hubungan yang terbina itu lebih erat.



3. Dirinya mempunyai persamaan dengan anda.

Jika tidak jumpa yang serasi sebagai pasangan, boleh juga anda cuba mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan anda. Dari persamaan ini boleh lah anda pupukkan sifat keserasian bersama.

Sebagai contoh, cari seseorang yang mempunyai hobi yang sama, minta yang sama serta tujuan hidup yang sama. Pasti ia akan memudahkan anda dalam menguruskan segala keperluan hidup dengan dirinya nanti.

Kesimpulannya, selain keserasian dan kefahaman dalam perhubungan, tiga perkara ini juga memainkan peranan yang penting dalam perhubungan yang dibina. Mana tidaknya, gurau bergurau ini akan lebih mudah menyembuhkan luka dihati.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen