Eh, Betul Ke Lelaki Handsome Miliki Kelakuan Ini? Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa sahaja yang tidak suka melihat lelaki kacak ini. Selain sedap dipandang oleh mata mereka ini juga dianggap sebagai seorang yang gentleman di kalangan wanita-wanita di luar sana. Ramai yang tahu bahawa lelaki handsome ini selalu mempunyai ramai peminat dan mereka ini boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka mahukan. Namun begitu, di sebalik wajah mereka yang menjadi pujaan itu tidak semua mempunyai hati yang baik. Boleh jadi sahaja dia mempunyai lima sifat ini. Jom ketahuinya.



1. Jenis pilih rupa juga.

Apabila mempunyai rupa paras yang sedikit handsome ini sudah tentu lah mereka ini mahukan pasangan yang sepadan dengan dirinya. Baru lah orang kata ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ tak gitu? Jadi mereka ini sudah pasti lah mementingkan paras rupa pasangan mereka. Di mana yang mereka rasa sesuai dengannya.

2. Kuat perasaan.

Biasalah apabila tahu diri mereka ini mempunyai kelebihan berdasarkan rupa paras mereka. Sudah pasti lah mereka ini mudah perasaan. Mereka ini selalu beranggapan bahawa wanita-wanita suka akan dirinya sedangkan tidak pun. Tapi ramai juga yang tidak handsome kuat perasaan juga.

3. Kaki perempuan.

Sudah kata ramai wanita yang minat, jadi mereka ini pasti lah menggunakan kesempatan yang ada dengan memiliki ramai teman wanita. Boleh kata ramai yang mempunyai wanita keliling pinggang tetapi tidak semua begitu. Ada sahaja yang setia pada seorang pasangan sahaja.



4. Mata duitan.

Bukan wanita sahaja jenis materialistik, lelaki kacak pun sama. Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki kikis. Haa, jangan mudah cair dengan mereka ini, takut-takut mereka dekati anda sebab duit sahaja.

5. Mudah dimaafkan wanita.

Satu kelebihan apabila mempunyai rupa paras yang elok ini. Mana tidaknya, bila buat salah mudah sahaja dapat kemaafan dari pasangannya. Hanya guna ayat manis aje dah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu dah curang tak kisah la rupa macam mana pun, takkan la nak terima lagi.

Tetapi tidak semua lelaki kacak macam ini. Ada sahaja yang tidak mempunyai sikap sebegini. Jadi jika mempunyai pasangan yang handsome dan tidak ada sikap ini jaga elok-elok ye.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen