“Susah Senang Itu Perlu Bersama Bukan Bersendirian…”

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin itu sememangnya menyeronokkan, mana tidaknya ada seseorang yang setia berkongsi semua perkara dengan kita. Lebih-lebih lagi apabila dia cukup fahami apa yang diri ini mahukan. dalam perhubungan ini, akan lebih bahagia apabila pasangan kita ini sanggup susah dan senang bersama-sama kita. Apabila tiba waktu susah ini, kita boleh lihat sama ada pasangan kita itu benar-benar sayang akan kita atau sebaliknya.



Mana tidaknya, pada masa kini, ramai yang tidak sanggup bersama pasangan ketika pasangan berhadapan dengan waktu sukar. Sebab itu lah, apabila baru bercinta ini jangan terlalu manjakan pasangan dengan kesenangan anda, tidak kira lah lelaki ataupun wanita.

Salah satu tujuan membina rumah tangga ini adalah untuk berkongsi rasa susah dan senang bersama-sama bukannya sebaliknya. Ketika dalam mencari pasangan ini, kita jangan lah terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis seperti “lautan api sanggup direnangi” atau “saya akan ada bersama awak tidak kira susah ataupun senang.” Jangan mudah percaya sebaliknya uji dirinya dengan kemampuan anda yang sebenar bukan ikuti segala kemahuan dirinya.



Apabila sudah berkahwin, pemberian nafkah seorang suami kepada isterinya adalah berdasarkan dua perkara ini:

1. Keperluan isteri.

2. Kemampuan suami.

Jadi sebagai seorang isteri, kalian harus bersyukur dengan pemberian nafkah dari suami kalian, walaupun sekecil mana pun pemberian tersebut. Anda perlu ingat, wanita terlalu mudah masuk ke neraka kerana kurang bersyukur dengan pemberian suaminya.

Dalam rumah tangga isteri perlu taat pada suaminya. Bahkan dalam rumah tangga perlu saling mengajak ke arah kebaikan dan saling mengingati ketika berhadapan kekeliruan.

Semoga kita ini menjadi pasangan yang mampu terus setia di sisi pasangan tidak kira lah dikala waktu susah mahupun senang. Dan hubungan itu mampu membentuk keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen