Antara Golongan Yang Sukar Untuk Mengungkapkan ‘I Love You’. Anda Yang Mana?

Dari kalangan anda pasti ada sahaja insan yang sukar untuk ucapkan I Love you walaupun sedang bercinta. Bagi mereka bukannya tidak mencintai pasangan, tetapi ungkapan tersebut seperti sukar untuk diucapkan. Situasi begini pasti akan dikaitkan dengan lelaki, kerana bagi pandangan wanita lelaki ego untuk mengungkapkan kata cinta tersebut.

Namun sedemikian, ada juga wanita yang sayang dan cinta pada kekasih atau suaminya, tetapi tidak pula disebut. Jom lihat antara sebab seperti berikut…

1. Seorang yang tidak mahu cuai dalam bercinta.

Individu ini terlalu kerap putus cinta, namun tidak pula serik untuk bercinta. Tetapi, apabila sering bersilih ganti pasangannya, individu ini tidak mudah mengungkapkan kata cinta. Golongan ini mudah bersilih ganti pasangan kerana tidak suka keseorangan dan kesunyian. Dia mahukan pasangan dan belajar untuk mencintai pasangan tersebut, namun memang sukar untuk mengungkap kata cinta.

2. Seorang yang lebih memandang matlamat dan cita-cita.

Individu ini pula mempunyai pendirian yang tetap. Mereka tahu apa yang mereka mahu, matlamat dan cita-cita. Dia juga adalah seorang yang berwawasan tinggi. Sekiranya dia mengetahui jika seseorang itu tidak boleh sejajar dengan kehidupan peribadinya, dia tidak akan mudah meluahkan rasa cinta walaupun, hatinya sebenarnya merasakan cinta tersebut.

Dan, oleh sebab dia tahu apa yang dia mahu, individu ini adalah orang yang serius apabila bercinta, dan sangat menghargai hubungan dalam jangka masa yang panjang. Orangnya setia.

3. Seorang yang mahu berhati-hati agar dirinya tidak dipermainkan.

Individu ini mengambil masa yang lama untuk memastikan bahawa pasangannya betul-betul berhak memilikinya. Bukan bermaksud sombong tetapi dia hanya berhati-hati agar diri tidak permainkan. Dia memerlukan analisis pemahaman walaupun untuk memutuskan apa yang dia rasa. Ini mungkin akan mengecewakan pasangannya dan mempersoalkan cinta individu ini.

Pasangan yang mendampinginya haruslah seorang yang sabar, dan boleh menunggu kata-kata cinta tersebut.

4. Seorang yang mengalami konflik dalam dirinya.

Individu ini sering keliru dengan dirinya sendiri. Kadang-kala tidak pula mengenali diri sendiri, kerana perubahan personaliti yang terlalu drastik. Malah ia menyebabkan perasaannya mudah berbolak-balik. Oleh sebab itu, dia ini seorang yang sering ragu-ragu dan mengalami konflik diri. Kadang-kadang suka, kadang menyampah pula. Kadang-kadang sayang, tapi kadang-kadang benci.

Disebabkan perkara ini, dia tidak boleh atau tidak mudah mengungkapkan kata-kata cinta. Namun, individu ini adalah seorang yang bebas dan boleh hidup bersendirian dengan baik, jadi dia tidak takut kebebasan yang akan diambil. Individu ini akan memastikan bahawa pengembaraan itu akan berterusan walaupun sudah berpunya.

Jadi, anda dari golongan yang mana ya?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen