Sebelum Didekati Mereka Ini, Mari Kenali Dahulu Tingkah Laku Orang Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita tidak mempunyai keyakinan untuk mendekati lelaki ini adalah kerana mereka merasakan bahawa sikap dan tingkah laku mereka itu sukar untuk dibaca dan difahami. Bahkan sikap pemalu juga turut ada dalam diri mereka. Namun begitu, tidak salah wanita cuba memahami mereka dahulu walaupun tidak akan cuba mendekati dengan mana-mana lelaki. Ini adalah sebagai panduan untuk mengenali pasangan anda sendiri pada masa akan datang ini. Jom ketahuinya.



1. Lelaki yang suka diamkan diri.

Seorang lelaki suka menyembunyikan sesuatu yang benar dengan hanya mendiamkan diri mereka. Sebab itu lah dalam setiap pergaduhan ini, orang lelaki lebih banyak mendiamkan diri. Dia tahu bahawa ada perkara yang betul tetapi adalah lebih elok untuk mendiamkan diri demi kebaikkan hubungan serta dirinya. Bahkan mereka yang berdiam dirinya biasanya bertindak tidak ingin mengeruhkan hubungan dengan perdebatan yang berpanjangan.

2. Lelaki yang suka berahsia.

Ketika berhadapan dengan masalah, lelaki suka mengamalkan sikap suka berahsia. Mana tidaknya, mereka ini merasakan bahawa dirinya itu perlu bertanggung jawab terhadap apa yang telah berlaku serta kuat dan gagah, jadi ia akan menjatuhkan air muka jika ia berkongsi masalahnya. Bagi mereka adalah lebih baik mereka selesaikan sendiri masalah mereka tanpa bantuan orang lain.

3. Lelaki yang ego tinggi.

Lelaki yang mempunyai ego tinggi ini biasanya seseorang yang suka memandang rendah tehadap orang lain. Bahkan ia juga tidak suka dirinya dikritik. Setiap kritikan itu akan menimbulkan kemarahan dirinya. Mereka ini selalu seorang yang sukar dijangka. Jadi berhati-hati dengan mereka ini jika anda menjadi pasangannya.



4. Lelaki mahu wanita menjaganya.

Mereka ini mudah sahaja, mereka ini mahu seorang wanita yang menjaga makan minumnya, mengemas rumah serta tahu menjaga keperluan dirinya. Mereka ini tidak mahu yang lebih, tetapi cukup sekadar wanita itu dapat memahami apa yang dirinya inginkan. Tetapi wanita pula yang merasakan lelaki ini sukar dibaca kemahuannya.

5. Lelaki bersikap dingin.

Hampir kesemua lelaki mempunyai sikap dingin ini. Ia adalah salah satu cara untuk membuatkan mereka ini kelihatan sedikit cool. Itu jika anda tidak kenali mereka, apabila sudah kenali mereka ini tidak ada pun sikap dingin yang wanita takutkan itu. Sikap dingin ini hanya ingin membuat dirinya kelihatan sedikit hebat di mata wanita sahaja.

Sebelum anda didekati atau mendekati seseorang, adalah lebih baik anda mengenali diri mereka terlebih dahulu. Baru lah tiada kesukaran apabila anda bersama dengan dirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen