Pilihlah Bakal Suami Yang Memiliki Pengetahuan Agama Supaya Bakal Isteri Tidak Gagal Dididik.

Sebagai muslimah, memilih jodoh yang mempunyai ilmu pengetahuan agama itu penting kerana jika semua bersandarkan pada Ilahi, Insya Allah hidup anda sebagai isteri akan menemui kebahagiaan kelak. Memiliki ilmu pengetahuan agama, secara asasnya adalah seorang yang solat, rajin mengaji, tahu tentang zakat fitrah dan seumpama dengannya.

Tambahan pula, jika seorang lelaki itu memiliki ilmu agama ini, pasti apa yang mereka lakukan semuanya kerana Allah SWT.

MENCINTAI KERANA ALLAH SWT.

Orang yang baik belum tentu solat, tetapi orang yang solat sudah tentu dia seorang yang baik. Anda perlu tahu bahawa, jika benar si dia mencintai diri anda kerana Allah SWT, pasti si dia akan menjaga anda sehingga selamanya. Sehingga jannah.

Kerana si dia tahu, wanita yang bakal bergelar isteri adalah amanah dari Allah SWT untuk dijaga. Jika diri anda tidak dijaga setelah berkahwin, dirinya boleh dianggap telah menderhaka pada-Nya. Apabila dalam dirinya sentiasa mengingati pada Allah, sudah pasti si dia akan ralat untuk menyakiti pasangannya kelak.

AKAN ADA PERASAAN BERTANGGUNG JAWAB.

Apabila dirinya mencintai anda kerana Allah SWT, si dia secara automatik ada perasaan tanggung jawab. Malah si tahu tahu tanggung jawabnya sebagai seorang lelaki, dan peranan untuk menjadi suami kelak. Si dia tidak akan sia-siakan pasangannya, dengan tidak bertanggung jawab. Si dia juga tahu tanggung jawabnya besar, oleh kerana itu dirinya tidak akan mudah mempermainkan perasaan wanita.

Apabila telah berkahwin juga, si dia tahu untuk bertanggung jawab pada ibu bapa pasangannya seperti mana dia lakukan pada ibu bapanya sendiri.

MELAKUKAN SESUATU KERJA KERANA ALLAH SWT.

Si dia tahu mana yang HARAM, dan mana yang HALAL. Si dia mahukan keberkatan melalui sesuatu kerja. Jika HARAM apa yang dilakukan, sudah tentu seluruh ahli keluaganya kelak akan memakan REZEKI HARAM yang diberi olehnya. Adakah si dia sanggup melakukan sebegitu? Dengan Izin Allah, Tidak!

Dengan cintanya pada Ilahi yang membuatkan dirinya bertanggung jawab, Insya Allah, si dia tidak akan melakukan sesuatu kerja yang boleh mendatangkan fitnah. Sudah pasti si dia mahu melakukan kerjanya di jalan yang HALAL walaupun mempunyai pendapatan yang kecil, kerana dia tahu tenggung jawab dan peranannya sebagai suami kelak.

Jika sukar untuk mendapat kerja sekalipun, sudah tentu si dia akan sedaya upaya untuk mencari rezeki untuk keluarga. Biarlah bersusah payah, asalkan dia dapat membahagiakan isterinya nanti. Kebiasaannya lelaki ini ringan tulang, dan rajin menolong orang kerana hidupnya yang berlandaskan sunnah Nabi SAW.

Rasulullah SAW juga adalah seorang yang rajin menolong isteri-isterinya menguruskan rumah tangga. Malah menjadi pendamai jika isteri beremosi, terutama isterinya ‘Aisyah R.A.

Apabila adanya pengetahuan dan kepercayaan pada Allah SWT, Insya Allah akan menemui kebahagiaan dalam rumah tangga. Semoga bermanfaat!

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen