Antara Sebab Kenapa Kita Tidak Boleh Berfikiran Negatif Ketika Mencari Jodoh, Menurut Saintifik.

Bersangka baiklah dengan Allah ketika mencari jodoh. Kerana Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. Jom ikuti perkongsian daripada coach mohd noor

*******

Yakinlah, walaupun Allah kadang-kadang tidak mengabulkan sesuatu hajat kita secara terus, Dia pasti akan memberikan apa yang kita perlukan dalam hidup ini. Kita meminta apa yang kita mahu, dan Allah memberi apa yang kita perlu.

Mungkin sesuatu hajat kita itu bukan yang terbaik untuk kita, lalu Allah mengabulkan kejadian yang sebaliknya yang merupakan keperluan kita yang sebenar. Sebab itulah kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, kerana di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.

KITA MENARIK APA YANG KITA FIKIRKAN

Dalam otak manusia, ada satu bahagian otak yang dipanggil Reticular Cortex (RC) yang sentiasa menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Ini bermaksud, kita akan menarik apa yang kita fikirkan.

Jika kita fikirkan sesuatu yang positif, maka RC akan menghasilkan gelombang yang positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, ia akan menarik semua perkara positif untuk mendekati kita. Ini akan mendekatkan dan memudahkan kita mencapai kejayaan dan kebahagiaan.

Namun, jika gelombang negatif yang dilepaskan, maka perkara negatif jugalah yang akan tertarik kepada kita. Gelombang negatif mendatangkan banyak masalah, kegelisahan, dan kesukaran dalam hidup kita.

BAGAIMANA MINDA KITA BERINTERAKSI SERTA BOLEH MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KITA?

Fungsi RC adalah menyerap dan mengeluarkan frekuensi bersifat magnetik. Maknanya, kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Dalam Islam kita panggil doa. Setiap apa yang fikir, cakap, buat semuanya adalah doa.

Cuma di sekeliling kita banyak yang negatif. Dan inilah yang banyak mempengaruhi minda kita tanpa disedari.

Minda kita ada minda sedar dan minda separa sedar.

Ramai fokus kepada minda sedar.

Tetapi, ramai yang belum meyedari bahawa minda separa sedar lebih ‘powerful’.

JADI BAGAIMANA NAK MENGAWAL MINDA KITA?

Salah satu cara adalah sentiasa fikir positif, otak kita akan serap gelombang positif dan mengeluarkan frekuensi positif. Gelombang positif ini akan dipancarkan oleh RC ke sekeliling. Hasilnya, semua perkara yang baik-baik akan tertarik kepada kita.

Bagaimana Capai Kejayaan Dengan RC? Kita perlu aktifkan Reticular Cortex (RC) secara positif. Antara teknik yang baik untuk aktifkan RC adalah:

  • Baca kisah kejayaan orang lain.
  • Gambarkan diri dengan impian dan matlamat kita.
  • Gunakan kata-kata positif kepada diri sendiri.
  • Bergaul dengan orang yang positif dan berjaya.

*********

Begitu juga dalam mencari jodoh atau dengan kata lebih tepat, menjemput jodoh. Kadang-kala kita sering fikir, apakah diri kita yang salah dalam menjemput jodoh? Semuanya bermula dengan fikiran kita, kemudian melalui kata-kata dan perbuatan. Apabila di dalam fikiran, kita seyakin yakinnya pada Allah SWT, diri kita sendiri menjurus untuk terus berdoa dan beribadah. Dan setiap perbuatan tersebut akan ‘disemak’ oleh malaikat disisi, begitu juga pentingnya dari pandangan Ilahi.

Jadi, mengapa kita perlu bersangka buruk? Semuanya takdir Allah SWT.

BACA: Bersangka Baiklah Dalam Mencari Jodoh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen