“Lelaki Langsung Tidak Menunjukkan Reaksi Yang Serius Ketika Bercinta…” Kenapa Ini Terjadi?

Siapa sahaja yang sebenarnya sukar untuk menjalin hubungan yang serius ketika bercinta? Lelaki atau wanita? Adakah benar lelaki sukar untuk menunjukkan reaksi yang serius dalam hubungan? Oleh disebabkan itu ramai sahaja golongan wanita menganggap lelaki zaman sekarang ragu-ragu terhadap diri mereka.

Kenapa ini terjadi?

1. ‘Permintaan’ yang terlalu tinggi.

Oleh kerana perjalanan hidup sekarang ibarat PERTANDINGAN dan bukan lagi PENGALAMAN, ramai dikalangan wanita berlumba-lumba untuk nampak mewah di sosial media. Masalah Tidak Mengukur Pada Baju Sendiri menyebabkan ramai lelaki menelan air liur sahaja, apabila teman wanita ‘demand’ macam-macam perkara.

Jika sekarang sudah minta macam-macam, dah kahwin apatah lagi. Jika mahu meminta, pastikan permintaan itu sejajar dengan kemampuan si lelaki.

2. Masih tidak dapat mencari seseorang seperti bekas kekasihnya.

Lelaki ini masih dibayangi oleh bekas kekasih sebenarnya. Wanita selalu mengatakan, “Lelaki ni nak apa sebenarnya?...” Jauh dalam hati mereka terdetik dan menyesal dengan perhubungan yang lepas. Tidak dapat menjadi kekasih yang terbaik untuk bekas kekasihnya, kerana merasakan bekas kekasihnya itulah adalah seorang yang baik untuk dilepaskan.

3. Trauma dengan cinta lama.

Lelaki juga mempunyai perasaan takut untuk bercinta, bukan sahaja golongan wanita yang merasainya seorang diri. Nampak sahaja dari luaran mereka tiada perasaan, dan jika ditanya tentang cinta lama mereka mahu mengelak sahaja. Lelaki juga mengambil masa yang lama untuk sembuh dari cinta lama, kerana terlalu trauma.

Dan kadang-kala bukan mudah untuk lelaki ini bangkit.

4. Takut sekiranya cinta tidak dibalas.

Apabila terlalu kerap dibayangi oleh bekas kekasih, trauma pula dengan cinta lalu, sudah tentu lelaki ini takut sekiranya cinta tidak dibalas. Lelaki sebegini lebih mengharapkan seorang wanita yang mampu menjadi Perigi Mencari Timba kerana dirinya tidak mampu lagi memberi cinta.

Jadi lelaki ini memang betul-betul mengharapkan untuk menerima cinta sahaja, daripada memberi cintanya pada wanita lain.

5. Takut dengan pandangan ibu wanita tersebut pada dirinya.

Oleh kerana lelaki ini hanya sederhana dan biasa-biasa sahaja, sudah tentu mereka takut dengan pandangan ibu anda. Pandangan orang tua, tiada siapa dapat menyangkal sekiranya mereka dapat merasakan ‘sesuatu’ yang tidak kena pada lelaki tersebut. Jadi, sudah tentu mereka merasa takut.

Jadi, jika anda sebagai teman wanita lelaki tersebut, berilah sokongan dan dorongan. Jangan pula menakut-nakutkan teman lelaki anda. Dan juga jangan meletakkan kesalahan seratus peratus ke atas diri lelaki ini, kerana  mereka juga mempunyai sebab tersendiri yang ada kalanya mahu disimpan seorang diri tanpa mengekspresikannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen