Ketahui Sebab Mengapa Lelaki Lebih Memilih Untuk Berpisah Berbanding Pertahankan Perhubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membuat seseorang itu bertahan dengan anda teramat lah susah kerana anda tidak tahu apa yang membuatkan seseorang itu pergi. Kadang kala mencari silap sendiri itu terlalu sukar kerana anda sentiasa merasakan perkara yang anda lakukan itu adalah yang paling betul untuk anda. Tetapi jika sudah beberapa kali jalinkan perhubungan masih sahaja gagal itu sudah pasti ia datang dari diri anda sendiri. Mungkin terdapat beberapa perkara yang anda tersilap langkah hingga membuat pasangan anda itu tawar hati dan tidak mahu mempertahankan perhubungan yang dibina.



1. Kadang kala ia berlaku secara spontan di mana anda tidak tahu bahawa tanpa sengaja anda telah membuat perbandingan terhadap diri. Bila anda katakan “tengok pakwe dia bagi dia bunga, awak tak penah pun bagi saya bunga.” Kata ini mungkin kelihatan ringkas tetapi tanpa sedar ia telah melukakan hati pasangan anda. Mungkin dirinya ada cara tersendiri untuk bertindak lebih romantik berbanding orang lain, cuma anda sahaja tidak tahu menghargai. Jadi cuba buang kelakuan seperti ini demi membuat pasangan anda bertahan sedikit dengan anda.

2. Selain itu juga anda ini yang terlalu ringan mulut dengan membebel pelbagai perkara terhadap dirinya. Mungkin anda ingin tunjuk bahawa itu adalah sifat prihatin dan ambil berat anda. Tetapi ia sebenarnya membuat pasangan anda berasa rimas dengan diri anda. Apa kata apabila anda terlibat dalam perhubungan lain, cuba anda kurang-kurangkan bebelan anda itu. Biasa lah orang lelaki ini mana tahan apabila pasangannya membebel. Mula lah nak angkat kaki.


3. Sikap suka mengawal pasangan ini bukan lah satu perkara yang elok. Ramai wanita yang suka melakukan hal ini. Sebagai contoh, anda menyekat setiap perbuatannya seperti bermain permainan video game, lepak bersama rakan-rakan serta menghalang apa yang dirinya minat. Sudah pasti lah dirinya tidak mampu bertahan bersama anda. jadi anda perlu berinya sedikit kelongaran agar dia tidak merasa terlalu terikat dengan anda.




4. Biasanya lelaki yang tidak mahu mempertahankan perhubungan ini adalah kerana, wanita tersebut mempunyai kerjaya yang lebih bagus darinya. Di mana ia berasa tercabar dan merasakan dirinya bakal dipandang rendah oleh wanita tersebut. Walaupun sebenarnya perkara seperti itu tidak akan berlaku. Mungkin aka nada yang lebih baik akan bersama dengan anda nanti yang boleh menerima kerjaya anda.


Dalam perhubungan ini banyak perkara yang selalunya kita lakukan tanpa sengaja dan spontan. Mana tidaknya kita terlalu teruja dengan perhubungan tersebut. Jadi selepas ini, anda perlu lah lebih berhati-hati terhadap perkara seperti ini agar pasangan anda sama-sama mempertahankan perhubungan kalian.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen