Elakkan Melakukan 3 Kesalahan Ini Ketika Sedang Mencari Jodoh.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari jodoh ini sudah pasti kita menginginkan yang terbaik buat kita. Bukan setakat itu, kita juga inginkan seseorang yang kita jumpai itu melengkapi dengan ciri yang kita nak. Sedangkan adalah lebih elok jika kita lebih terbuka dalam mencari jodoh ini. Buat sesiapa yang sedang mencari jodoh ini, cuba anda elakkan melakukan beberapa perkara yang merugikan anda sendiri. Ingat jodoh yang hadir itu tak semestinya sempurna di mata kita tetapi ia sempurna di mata orang lain.



1. Terlalu memilih berdasarkan rupa.

Perkara ini kerap kali akan berlaku pada sesiapa sahaja yang sedang mencari pasangan. Seseorang itu pasti akan melihat rupa paras terlebih dahulu sebelum melihat perkara yang lain. Alasan-alasan yang kerap kali menyatakan bahawa rupa paras ini lebih penting adalah seperti berikut:

“Kalau nak anak comel kena lah cari pasangan yang ada rupa.”

“Nak pandang setiap hari mestilah kena yang sedap mata memandang, baru lah lebih harmoni.”

“Benda pertama yang akan terlihat dahulu.”

Ituadalah antara alasan yang kerap digunakan untuk melindungi diri dari diperkatakan sebagai terlalu memandang rupa. Tetapi sebenarnya, rupa paras itu tidak terlalu penting, jika di dalam dirinya kosong tiada iman dan hati nurani yang baik. Jangan hanya melihat rupa sahaja, anda perlu ingat bahawa rupa akan berubah apabila dimakan usia nanti.

2. Pandang pada harta dan pangkat.

Harta sememangnya penting untuk mendapatkan hidup yang lebih baik. Tetapi untuk memperolehi harta ini, semua orang boleh usahakannya. Jadi jangan terlalu memandang harta yang bukan milik kita. Pandang seseorang melalui hati serta ilmu yang ada dalam dirinya. Anda seharusnya mencari pasangan yang mampu ada ketika anda susah dan senang. Bukannya dengan seseorang yang ada pada ketika senang sahaja, apabila susah dia yang pertama hilangkan diri. Berikut adalah alasan yang kerap kali digunakan oleh mereka yang memandang harta ini.

“Dengan harta baru lah hidup lebih bahagia.”

“Nanti anak-anak hidup senang jika pasangan kita ada harta dan pangkat ini.”



3. Mengabaikan solat istikarah.

Perkara yang paling selalu diabaikan dalam mencari jodoh ini adalah mengabaikan solat istikarah. Solat ini bukan hanya perlu dilakukan sekali atau dua kali sahaja tetapi ia perlu dilakukan berkali-kali dan kalau boleh berterusan. Baru lah anda akan betul-betul menjumpai apa yang diri anda inginkan. Bahkan baru lah anda berjaya membuat pilihan yang lebih tepat.

Jadi apabila ingin mencari jodoh ini, anda seharusnya lebih terbuka dengan siapa yang bakal anda kenal bukan apa yang anda harapkan. Bahkan, jangan lupa untuk berdoa serta melakukan solat-solat sunat. Hal ini kerana ia membantu anda mendapatkan pilihan yang terbaik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen