“Nak Panggil Suami Makan Sekali Pun Jangan Jerit Dari Dapur Sehinggakan Jiran Sebelah Boleh Dengar…” Nasihat Lelaki Ini Pada Kaum Isteri.

Jom ikuti perkongsian dan nasihat dari Encik Matt

1. Jahat macam mana pun suami jangan sesekali AIBKAN dia pada UMUM kecuali kepada mereka yang boleh membantu untuk beri solusi kepada masalah kita,terutama kepada mereka yang berkelayakkan dalam masalah rumahtangga.

2. Selalu saya pesan. Jika nak tag suami di ruang komen yang berkaitan rumahtangga,masalah rokok. Jangan sesekali tag dengan nasihat atau ada unsur aibkan suami. Guna ayat yang saya ajar sebelum ini:

“Abang terima kasih sudi baca sampai habis”

“Abang jom sama-sama baca moga ada kebaikan”

“Abang jom tambah ilmu”

3. Layanlah suami dengan baik lemah lembut. Jangan sesekali tinggikan suara terhadap suami. Hatta nak panggil suami makan sekali pun jangan jerit dari dapur sehinggakan jiran sebelah boleh dengar.

4. Jangan lawan cakap suami ketika suami sedang marah atau beri nasihat. Walaupun kebenaran berpihak kepada kita. Ketika ini kita perlu kawal dan cari solusi bagaimana untuk tenangkan suami.

5. Jika mahu nasihat suami,cari keadaan yang sesuai. Paling sesuai ketika selepas solat berjemaah atau selepas baca ta’alim(hadith) . Ketika ini hati kita mudah untuk terima teguran. Tapi jangan tegur depan anak-anak. Sebab itu saya dirumah setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk bermesyuarat dan dengar nasihat isteri.

Selalu cakap kat isteri boleh tak tegur apa-apa yang tak elok dalam beberapa hari ini. Oleh itu,cari keadaan mana yang sesuai untuk tegur suami.

6. Sentiasa kelihatan cantik,kemas apabila berhadapan dengan suami. Sehinggakan suami sentiasa jatuh cinta apabila memandangnya.

7. Dahulukan suami dalam banyak perkara. Jika makan sediakan makanan yang terbaik dan paling sedap buat suami. Pastikan suami terlebih dahulu menjamah makanan berbanding kita. Suapkan makanan untuk suami. sediakan air bersebelahan suami dan jangan biarkan suami makan bersendirian.

8. Jangan tinggal ini. DOA. Doakan suami dalam setiap doa kita terutama selepas solat fardhu dan tahajjud terutama ketika sujud.

“Ya Allah ini suami saya (Sebut nama penuh suami). Sudilah kiranya engkau ampunilah segala dosa-dosanya. Jadikanlah dia suami yang terbaik terhadap saya dan anak-anak. Jadikan dia pembimbing kami untuk sama-sama masuk syurga. Ya Allah, Jika dia ada kekurangan dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah, ampunilah segala kekurangan ini dan sempurnakanlah ia. Ya Allah jagalah dia dari segala kejahatan,maksiat dan fitnah. Ya Allah lapangkan hatinya,limpahkanlah rezeki keatasnya,mudahkan segalanya urusan pekerjaannya”

Tambahan: Sentiasa ucap terima kasih jika suami berikan sesuatu terutama duit nafkah atau belikan pakaian dan barang-barang keperluan isteri.

Semoga Bermanfaat Pada Kita Semua Dan Juga Bakal Isteri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen