“Terlalu Memilih Dan Malas Berusaha…” Antara Perkara Yang Menyebabkan Jodoh Lambat Tiba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin bertambah sudah pasti setiap orang mempunyai kerisauan yang melibatkan jodoh. Mana tidaknya, jika tidak berkahwin dalam satu tempoh waktu, sudah pasti akan dicop sebagai tidak laku, serta terlalu jual mahal sehingga tiada siapa yang mahu dekat. Pasti ramai yang terfikir-fikir apa punca diri ini masih tidak menjumpai jodoh sebenar. Mari lihat beberapa sebab mengapa jodoh anda itu masing tidak kunjung tiba.



1. Malas berusaha.

Semua perkara yang anda inginkan perlukan usaha. Tiada ada satu perkara pun yang mampu dimiliki dengan datang secara tiba-tiba melainkan anda meletakkan sedikit usaha. Jika anda mahukan jodoh mendekati anda, maka anda perlu lakukan sesuatu. Sebagai contoh, mencari pasangan melalui internet, mempersiapkan diri dengan penampilan sedap mata memandang supaya jodoh mudah mendekat, berjumpa ahli agama untuk berubat membersihkan ‘dalaman’ diri, rajin pergi reunion dengan harapan untuk berjumpa bakal jodoh. Anda tidak boleh hanya berserah dan berharap jodoh akan datang menemui anda.

2. Tidak Berdoa.

Doa itu senjata orang Islam. Berdoalah kepada Allah. Mintalah kepada-Nya. Kalau solat pun anda sudah malas, apatah lagi berdoa. Lengkapkanlah diri dengan agama dan dekatkan diri dengan Allah. Rajinkan diri dengan mengamalkan doa-doa mencari jodoh ini. Kalau anda tidak mohon bermula dari sekarang, pasti jodoh anda masih jauh lagi.


3. Cita rasa terlalu tinggi.

Siapa sahaja yang tidak mahu pasangan yang memenuhi cita rasa bahkan memiliki ciri-ciri pasangan idaman semua orang. Jika anda meletakkan satu petanda aras yang terlalu tinggi terhadap bakal pasangan anda, maka semakin kecil lah kelompok yang akan mendekati anda. Anda perlu tahu bahawa anda duduk di alam yang nyata, bukannya drama di dalam televisyen. Jadi bukak mata anda dan lihat lah kehidupan sebenar.

4. Terlalu memilih.

Dalam soal jodoh ini anda tidak boleh terlalu memilih. Apabila terlalu memilih yag kononnya inginkan pasangan yang begitu sempurna dan sesuai dengan anda ia kemungkinan akan menyebabkan jodoh takut untuk mendekati anda. Jangan terlalu memandang rendah terhadap seseorang tetapi pandang mereka ini sama sahaja dan lihat kelebihan yang mereka miliki.

Jika anda mahukan jodoh yang baik maka usaha untuk ubah diri anda ke arah kebaikan. Jodoh ini sememangnya telah ditentukan tetapi ia bukan bererti anda hanya perlu dirinya tiba sahaja tanpa melakukan sedikit usaha serta hanya beranggan-anggan sahaja.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen