Ingin Jalinkan Hubungan Serius Bersama Pasangan? Mari Kenali Dirinya Dahulu Melalui 5 Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan mempunyai perbezaan pandangan dalam mengenal pasti adakah seseorang itu serius ataupun tidak terhadap dirinya. Apabila anda ingin menjadi serius terhadap satu hubungan itu, maka anda akan mula untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam lagi untuk mengtahui adakah si dia itu sesuai atau tidak dengan diri anda. Tapi apa yang perlu anda lihat dan teliti sebelum ke langkah seterusnya? Jom kita lihat.



1. Pandangan hidup.

Pandangan hidup seseorang dapat menentukan personaliti mereka dan bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain. Pasangan tidak perlu mempunyai pandangan hidup yang sama untuk menjadi pasangan hidup. Akan tetapi, sebaiknya perbezaan pandangan hidup anda dan pasangan tidak terlalu berbeza, hal ini kerana pandangan hidup juga boleh mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan . Perbezaan pandangan ini boleh menyebabkan konflik dengan rakan kongsi pada masa akan datang.

2. Ketakutan pasangan anda.

Adakah pasangan anda mempunyai ketakutan atau fobia terhadap sesuatu? Anda mesti perlu tahu perkara ini kerana anda boleh membantu pasangan anda mengatasi ketakutannya. Di samping itu, terdapat juga ketakutan yang tidak dapat disembuhkan dengan serta-merta, seperti trauma pada masa lalu . Ketahui kesemua ketakutan pasangan anda kerana mereka akan dapat membantu anda menghadapi ketakutan bersama.

3. Masa lalu dirinya.

Sebelum anda meletakkan hati dan perasaan anda sepenuhnya terhadap seseorang, cuba anda cari tahu akan masa lalunya dahulu. Ada sesetengah orang tidak dapat terima masa lalu pasangan mereka kerana merasakan ia ditipu. Jadi sebelum anda meletakkan satu pengharapan serta melukakan, jadi mula berkongsi masa lalu walaupun kalian tahu ia perkara yang memalukan serta melukakan hati pasangan.


4. Cara berkomunikasi.

Sesetengah orang amat lah berlainan dalam bertindak balas terhadap sesuatu perbualan. Ada yang pantas dalam segala hal, ada yang lambat menerima perbualan serta ada yang menggunakan nada yang tinggi walaupun bukan hal yang serius. Jadi anda perlu fahami dahulu bagaimana dirinya berkomunikasi, jika dia seorang yang lambat mungkin anda perlu sabar untuk terangkan secara terperinci agar dapat mengelakkan salah faham yang berlaku dalam perhubungan tersebut.

5. Fahami perkerjaannya.

Cuba anda lihat apa pekerjaannya sekarang. Ada masa atau tidak kalian untuk saling meluangkan masa? Adakah perkerjaannya itu memberi tekanan atau tidak kepadanya. Anda perlu tahu semua perkara ini sebelum anda memilihnya menjadi pasangan anda. Mana tidaknya, jika anda tidak dapat memahami segala tekanan dan masa dirinya berkerja, hubungan yang dibina itu tidak akan mampu bertahan lama.

Jadi sebelum anda ingin bertindak ke arah satu yang serius, cuba teliti dahulu perkara ini. Mana tidaknya, semua perkara ini untuk mengelakkan anda berasa menyesal dikemudian hari. Biasa lah baru bercinta semuanya indah, takut nanti anda yang tidak mampu terimanya sepenuh hati.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen