“Isteri Cantik Pun Kena Tinggal, Lelaki Mahukan Perempuan Yang Macam Mana Sebenarnya?”

Sudah ternyata dengan lebih jelas pada zaman sekarang, banyak sahaja perkara yang viral disekeliling kita mengenai ‘perempuan cantik kena tinggal oleh suami’. Ramai yang tidak berpuas hati dengan telahan ini.

Secara peribadi sudah tentu, kita tidak mengetahui apakah punca sebenar kaum wanita ini ditinggalkan, tetapi secara lumrahnya lelaki mahukan wanita seperti berikut…

1. Bersifat keibuan.

Jawapan tipikal setiap lelaki adalah, mahukan wanita yang bersifat keibuan. Apakah maksud mereka dengan ‘bersifat keibuan’ ini? Adakah pandai melayan budak kecil atau bayi semata-mata? Mempunyai perasan kasih sayang dan begitu penyayang pada anak-anak kecil?

Selain daripada mempunyai sifat penyayang, lelaki juga mahukan wanita yang tidak kisah melahirkan zuriat untuk mereka. Lelaki tidak suka sebenarnya mendengar alasan, tidak mahu lagi memiliki anak kerana mahu menjaga badan, atau disebabkan perkara-perkara yang menyekat untuk mereka memiliki anak terutamanya sebab pekerjaan.

Ataupun mahu melanjutkan pelajaran terdahulu, mahu fokus pada ‘study’ kemudian baru fikir pasal zuriat.

2. Senang diajak berbincang.

Lelaki juga mahukan wanita yang mudah diajak berbincang. Bukannya melarikan diri daripada menyelesaikan masalah. Ataupun ramai sahaja kaum wanita bukannya menyelesaikan masalah tetapi menambah serabut lelaki dengan mengungkit masalah silam. Segala kesalahan yang suami lakukan, semuanya diungkit kembali. Perkara sebegini juga, jika terlalu kerap dilakukan oleh para isteri, memang ramai suami mengangkat kaki.

3. Tahu sedikit mengenai ilmu agama.

Jika wanita mahukan lelaki menjadi imam mereka, lelaki juga mahukan pasangan mereka mengetahui sedikit tentang ilmu agama. Jangan pula tidak tahu langsung. Kadang-kala lelaki ralat apabila semua perkara pasangan mahu bergantung padanya, walhal memang sepatutnya lelaki perlu tahu semua perkara.

Akan tetapi, lelaki juga perlukan pergantungan daripada pasangan apabila berkenaan dengan ilmu agama dan ilmu kekeluargaan. Jika mereka terlupa, mereka mahu pasangan yang mengingatkan padanya. Menjadi ‘reminder’ mereka. Agar situasi begini membuatkan suami isteri saling berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman.



4. Kurang mengeluh dan merungut.

“Abang ni takkan semua benda tak tahu…”

“Abang, tak kan senang sangat lupa, baru semalam saya cerita…”

“Haih, abang niiiii…”

Abang, abang, abang….sayang, sayang, sayang tidak henti-henti. Kurangkan merungut dan mengeluh di depan suami. Memang ada sahaja perkara yang mereka tidak mahir, tidak tahu, kadang-kala mereka juga blur, disebabkan tidak mahu menunjuk sisi lemah… mereka sedaya upaya untuk tahu semua perkara.

Jika kelihatan mereka memerlukan pertolongan, ringankan lah bebanan suami anda, bukannya merungut.

5. Yang bijak mencuit hati mereka.

Wanita yang tahu untuk mencuit hati sememangnya dapat menarik perhatian lelaki, malah memikat hatinya juga. Kadang-kala lelaki juga mahukan wanita yang boleh memujuk mereka, apabila mereka merajuk atau dalam keadaan marah. Bukannya semua perkara termasuk memujuk, lelaki sahaja yang perlu memulakan dahulu. Jika lelaki merajuk pun, mereka pula yang perlu memujuk pasangannya.

Jangan lah begitu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen