Buat Pencinta Coklat, 4 Negara Ini Buat Anda Bahagia Selamanya.

Oleh: Rafi

Coklat, ianya seperti magis dapat meredakan stress dan menambahkan keceriaan dalam hidup. Susah nak jumpa manusia yang memang tidak sukakan coklat. Rata-rata bila tanya semuanya tidak dapat menolak keenakan dan kemanisan coklat. Aiskrim, kek, minuman, biskut semuanya boleh diinspirasikan dari coklat. Fakta mengenai warna coklat juga ia dapat meningkatkan daya selera makan. Patutlah siapa yang tiada selera makan, makan coklat terus terasa lapar nak makan macam-macam. Semua tahu coklat asalnya dari buah koko yang telah dipanggang tapi tahukah anda negara yang mana paling kaya dengan coklat? Siapa yang ‘gila’ sangat dengan coklat, kami cadangkan sekurang-kurang pergi salah satu negara ini untuk realisasikan hidup anda dengan coklat. Hmmm…



1. Belgium.

Bila tiba di Belgium pastikan anda melawat ibu negaranya iaitu Brussels. Ia juga dikenali sebagai ibu negara dunia coklat! Coklat jenama Godiva dan Leonidas rupanya kelahiran dari negara ini. Jika anda di Brussels anda boleh singgah ke 2,100 kedai coklat, 12 kilang coklat dan 16 muzium yang semuanya tentang coklat. Syurga coklat!

2. Switzerland.

Anda lebih sukakan coklat putih dari coklat biasa? Bandar Zurich di Switzerland tempat yang wajib anda kunjungi. Disinilah buat pertama kali coklat putih dihasilkan. Switzerland adalah negara yang paling banyak menggunakan produk coklat. Salah satu tarikan yang perlu anda pergi bila disini ialah The Swiss Chocolate Train. ia sebuah lawatan khas untuk anda ingin mengetahui tentang seni buatan coklat negara Switzerland.



3. Perancis.

Sebut sahaja Perancis pasti bayangkan kota romantis Paris kan? Jangan terkejut, di buku panduan telefon Perancis terdapat lebih daripada 300 senarai kedai coklat. Dari kedai yang menjual coklat makanan hingga ke hasil seni tangan yang diperbuat dari coklat pun ada. Coklat gelap (dark chocolate) yang menjadi keistimewaan di Perancis dan mereka merupakan pencipta pelbagai jenis coklat dari sumber koko dan bahan yang berkualiti tinggi.

4. Australia.

Jika ada angan-angan untuk terbang ke Australia, pastikan anda menempah tiket bandar Melbourne. Bukan sahaja kaya dengan khazanah alam semulajadi, Melbourne juga penuh dengan kedai yang menawarkan pelbagai hidangan dari coklat. Selain itu, di Philip Island anda boleh membuat lawatan khas untuk mempelajari banyak lagi ilmu dan bermain aktiviti semuanya tentang coklat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen