“Ragu-Ragu Si Dia Serius Atau Tidak..” Mari Kenal Pasti Dengan 5 Tanda Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam manjalinkan satu perhubungan sudah pasti, ia akan meletakkan satu pengharapan di dalamnya. Berharap hubungan itu berakhir dengan satu kebahagiaan perkahwinan. Tetapi sebelum meletakkan pengharapan seperti itu, sudah pasti lah kita perlu tahu sama ada pasangan kita ini serius atau tidak dengan kita. Jika tidak, hanya kita sahaja yang meletakkan pengharapan bahkan kita akan membuang masa menunggu sesuatu yang tidak pasti. Tetapi bagaimana kita ingin tahu bahawa pasangan kita itu serius? Mari ketahuinya.



1. Mempunyai ramai kenalan yang berlainan jantina.

Perkara yang anda boleh teliti dahulu ialah dirinya mempunyai ramai kenalan yang berlainan jantina. Jika rakan sepejabat atau rakan persekolahan itu adalah perkara biasa. Tetapi jika yang lain daripada itu, ia sedikit meragukan. Mana tidaknnya, jika dia sedang mencari pasangan sudah pasti lah dia tidak akan berada di sisi anda. Tetapi untuk apa rakan-rakannya yang lain itu?

2. Sentiasa menguji tahap kesabaran anda.

Jika dirinya seorang pasangan yang serius terhadap anda, sudah pasti lah dirinya akan pandai mengambil hati anda serta sentiasa menyenangkan anda. tetapi jika dirinya sebaliknya seperti tidak menjaga hati anda serta melayani orang ketiga dengan baik, ia mungkin sedang bermain-main dengan anda. Cuba lihat pasangan anda, dirinya yang mana.

3. Tidak menunjukkan sebarang usaha.

Jika pasangan lain, mungkin ketika ini dirinya sudah berjumpa dengan ibu bapa anda, tetapi tidak pasangan anda. Dirinya sentiasa menyatakan bahawa dia masih belum bersedia untuk berjumpa dengan keluarga anda. Bukan itu sahaja, dirinya juga tidak penah membincangkan satu hal yang serius bersama anda, seperti perancangan hidup bersama.


4. Mudah berjanji dan bermulut manis.

Apabila si dia masih tercari-cari pasangan yang benar-benar sesuai, dirinya lebih tertumpu untuk berjanji serta membuat anda percaya akan kata-katanya. Hal ini kerana, dirinya tidak mahu kehilangan anda yang mungkin banyak membantu dirinya, namun pada masa yang sama dia memerlukan orang lain untuk dirinya.

5. Menganggap diri anda sebagai tempat hilangkan kesunyian.

Perkara yang paling ketara ialah dirinya hanya akan mencari anda apabila dirinya kesunyian. Jika dia sedang bergembira bersama rakan-rakannya, dia tidak akan mencari anda serta menghubungi anda. Bahkan jika dirinya memerlukan sesuatu baru lah dia mula mencari anda. Itu tandanya dia sememangnya tidak serius akan hubungan kalian.

Apabila anda ingin mulakan satu hubungan, anda perlukan pastikan bahawa pasangan anda itu serius terhadap hubungan yang dibina ini. Jika tidak, anda hanya akan membuang masa sahaja dan tidak mustahil sekiranya anda akan terluka akhirnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen