5 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Lelaki Bergelar Suami Pada Zaman Sekarang, Tanpa Mereka Sedar.

Kini, perkahwinan di antara anak muda hanya menjadi pengukuran apabila ramai mempunyai persepsi Siapa yang paling mewah? Siapa yang paling ramai jemputan? Persalinan siapa yang paling cantik? Dan seumpama dengannya.

Tidak pula melihat keperibadian seseorang disebalik duniawi semua ini. Tidak pula mengutamakan perkara yang patut diutamakan. Terlalu banyak kesalahan pada perkara yang tidak sepatutnya di salahkan. Terlalu banyak perkara yang dimalukan, tetapi bukannya melakukan maksiat atau perkara haram.

Jom antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan suami pada zaman sekarang...

1. Tidak mengajarkan agama kepada isteri.

Kini, rumah tangga mudah menjadi goyah, isteri gagal dididik kerana seorang suami yang kurang didikan agamanya. Pemimpin dalam keluarga adalah suami, dan isteri peranannya menolong dan mencantikkan lagi hubungan tersebut.

Jika seorang pemimpin terabai dan lupa menjadi guru pada seorang isteri untuk mengajar cara solat yang betul, hukum haid dan nifas, tingkah laku Muslimah serta kaedah mendidik anak-anak secara Islam, malah tidak pernah pula bertanya tentang soal ibadah isteri, apakah tanggung jawab seorang suami dalam perkahwinan sebenarnya?

2. Suka mencari kekurangan dan kesalahan isteri.

Suami diminta bersabar dan menahan diri daripada kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan dan celaan seperti sabda Rasulullah SAW;

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredai akhlak lain darinya.” (H.R. Muslim)

3. Memberi hukuman tidak sesuai dengan kesalahan isteri.

Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman (Surah An-Nisa: 34).

Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syarie (Surah Ath-Thalaq: 1)

Memukul wajah, mencela dan menghina….

Dalam As-Sunan dan Al-Musnan dari Mu'awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: "Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya?" Nabi SAW pun menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan dan tidak menghajar (boikot) kecuali di dalam rumah.'”(H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani)

4. Tidak memberi nafkah kepada isteri.

Walaupun pendapatan isteri melebihi daripada gaji si suami, si isteri masih berhak menerima nafkah daripada suaminya. Ini kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang-senang kepadanya, telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah dan bakhil, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma'ruf (tidak berlebihan) meskipun di luar pengetahuan suami.

Sabda Rasulullah SAW, “Jika seorang Muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” (Muttafaq 'alaih)

5. Bersikap keras, kasar dan tidak lembut terhadap isteri.

Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (H.R. at-Tirmidzi)

Ini kerana pada zaman sekarang, terlalu ramai lelaki yang bercakap kasar, melontarkan kata-kata makian dan lucah kerana sudah terbiasa lidahnya berkata-kata begitu ketika bujang. Malah tidak peka dengan perasaan isteri ketika berkata-kata cacian sebegitu. Kurangnya berzikir, kurangnya membaca Al-Qur’an pasti akan mempengaruhi lidah untuk berkata-kata sedemikian.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen