Mengapa Cinta Pertama Tidak Selalunya Menjadi Cinta Yang Terakhir?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja pasti pernah mempunyai pengalaman jatuh cinta buat kali pertama. Tidak kira lah ketika alam pekerjaan, waktu di persekolahan atau ketika di kolej. Semuanya ada pengalaman yang tersendiri mengenai cinta pertama ini. Sama ada ia berakhir dengan kegembiraan ataupun perpisahan, ia tetap mengajar anda erti bahagia. Tidak banyak yang berjaya mempertahankan cinta pertama mereka, kebanyakkannya menemui jodoh dengan cinta yang lain. Tetapi mengapa cinta pertama ini sekadar satu persinggahan yang penuh kelukaan? Jom ketahuinya.



Biasanya kita akan jatuh cinta pada kali pertama ketika usia masih muda lagi. Di mana pada ketika itu semua perkara dilakukan berdasarkan kepuasan hati serta mengikuti sahaja kehendak. Akhirnya, memilih jalan singkat dengan perpisahan, walaupun ketika itu, perasaan sayang terhadap pasangan masih ada tetapi disebabkan ego yang tidak mahu mengalah, ramai yang mengabaikannya. Ramai yang menyesali dengan keputusan sebegini.

Selain itu juga, tidak pandai membuat keputusan juga menjadi salah satu penyebab mengapa cinta pertama ini tidak menjadi yang terakhir. Setiap kesalahan dan masalah yang berlaku dalam perhubungan masih belum tahu dikendalikan dengan matang. Jadi bagi mereka perpisahan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan segala masalah. Dan akhirnya keputusan itu hanya akan memakan dirinya sendiri. Bukan hanya itu, mereka sentiasakan setiap keputusan yang mementingkan diri itu adalah satu tindakan yang betul.

Boleh jadi juga, mereka ini menemui seseorang yang lebih baik dari sebelumnya. Di mana pasangannya itu mampu memberi kebahagiaan yang lebih berbanding pasangan yang terdahulu. Sudah semestinya ramai yang akan memilih seseorang yang dianggap lebih baik serta mempunyai kelebihan yang tersendiri. Mana tidaknya, perhubungan ini bukan hanya untuk seketika sahaja, tetapi ia juga untuk masa depan, jadi tidak salah sekiranya memilih yang terbaik.


Tapi apa-apa pun, sebenarnya cinta pertama kita itu bukan jodoh kita. Kita hanya menjaga serta memperolehi kebahagiaan yang sementara sebelum masing-masing berjumpa dengan jodoh yang sebenar. Sebab itu lah dia menjadi cinta pertama bukannya menjadi suami atau isteri kita. Dan sebab itu lah kita dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik daripada si dia yang terdahulu. Jadi haragi sahaja apa yang ada sekarang ini.

Tidak lupa juga, cinta pertama ini hadir untuk memberi pengajaran kepada kita bagaimana rasa nikmat bercinta. Bahkan ia juga datang untuk menguji kita sama ada kita ini akan terlalu leka atau pandai menjaga diri. Cinta pertama ini juga hadir kerana ingin memberi kita satu kekuatan serta semangat yang lebih kuat dari sebelumnya.

Kesimpulannya, cinta pertama ini bukan hanya sekadar persinggahan tetapi ia adalah pengajaran yang perlu diambil tahu. Mana tidaknya, tanpa pengalaman cinta pertama kita tidak akan dewasa dan bersikap lebih matang dalam satu perhubungan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen