Terlalu Bersedih Belum Bertemu Jodoh, Kerana Suka Membandingkan Kebahagiaan Dengan Insan Lain.

Orang yang bijak akan melihat hidup ini sebagai PERJALANAN dan bukannya PERTANDINGAN. Malah hanya membandingkan hidup mereka dengan DIRI SENDIRI bukannya dengan orang lain. Jika terlalu membandingkan hidup sendiri dengan orang lain, pasti sukar untuk menemui dan mencapai kebahagiaan. Itu adalah perkara yang paling sukar untuk kita lakukan.

SECARA LAHIRIAH MANUSIA SUKA MEMBANDING-BANDINGKAN

Tabiat sebegini mempunyai impak yang besar dalam hidup kita kerana ia akan berakhir dengan perasaan sedih dan tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya kita telah mempunyai kehidupan yang baik. Perbandingan tersebut sebenarnya membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.

Seperti kita melihat rumput dihalaman rumah jiran lebih hijau berbanding dengan rumah sendiri.

Pernah juga dikalangan kita berfikir ketika belajar di Universiti, rakan sebelah kebanyakannya tidur, hidup lebih santai, belajar pun tidak ‘struggle’ tetapi dapat markah yang bagus dalam kelas, berlainan sangat dengan diri kita. Kenapa kita kena usaha lebih?



Berkenaan dengan jodoh pula…

“Kenapa dia tak la cantik sangat, tapi cepat je dapat jodoh?”

“Baru bercerai, dah ada pengganti…cepatnya, aku juga yang belum ada pasangan…”

“Kenapa orang yang lebih cantik dan kacak senang dapat perhatian untuk berkawan, aku yang tak cantik ni kenapa selalu kena sisih pula?”

Lain pula dengan pasangan yang telah berkahwin…

“Kenapa aku tengok suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tapi suami sendiri panas baran dan kasar?”

ANDA MULA MERASAKAN DUNIA INI TIDAK ADIL.

Dengan perbandingan dan pandangan sebegini, sudah pasti kita akan sentiasa kalah dengan kehidupan orang lain. Oleh sebab itu kita sukar untuk mendapat kebahagiaan. Terlalu sedih belum lagi bertemu jodoh.

Kita akan mula membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

Kita sebenarnya terperangkap dan tertipu dengan pemikiran kita sendiri.



JADIKAN KEKURANGAN DIRI ITU SEBAGAI PERKARA YANG TIDAK MEMALUKAN.

Anda terlalu berfikir, yang cantik mesti senang jumpa jodoh....

Yang kacak mesti ramai peminat….

Yang kaya, mesti ramai nak berkenalan….

Tapi aku ni tak ada apa-apa….

Kita terlalu memikirkan kekurangan sehingga terlupa untuk berfikir MANUSIA ITU TIDAK SEMPURNA. Sempurna hanya sifat Allah SWT sahaja.

Kita juga sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, letakkan fokusk terhadap perjalanan hidup kita sendiri. Sebab hanya kita sahaja yang dapat mengawal kehidupan diri sendiri, bukannya terletak pada orang lain.



 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen