Lihat 5 Pergerakan Ini Yang Menyatakan Si Dia Sedang Menipu Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apa yang paling ditakuti dalam perhubungan? Sudah tentu lah penipuan yang mungkin akan melukakan pasangan. Apabila satu penipuan itu tidak boleh dihidu oleh anda, maka tidak mustahil sekiranya pasangan anda itu akan menipu anda dengan sesuatu perkara yang lebih besar. Biasanya ia bermula dengan penipuan selepas itu ia akan bermula dengan kecurangan. Pasti ia menakutkan anda bukan? Jadi apa yang anda perlu lakukan? Sudah tentu lah menangkap penipuan pasangan anda. Bagaimana? Jom ketahuinya.



1. Gerak geri yang berlebihan.

Jika pasangan anda seorang yang jujur, dirinya akan mengerakkan badannya dahulu sebelum berkata-kata dan melihat mata anda selepas berkata-kata. Namun, jika dia berbohong, dirinya akan bergerak selepas berkata-kata. Ia seolah-olah melarikan dari pandangan mata anda. Dirinya tidak mahu bertentang mata dengan anda.

2. Memberikan senyuman lebar.

Apabila seseorang berbohong dan anda mempercayainya, maka dia akan memberikan satu senyuman yang memuaskan. Jadi jika anda melihat pasangan anda tersenyum lebar setelah menyatakan sesuatu kepada anda, maka anda perlu selidiki semula apa yang dikatakan itu. Jangan mudah percaya dengan kata-katanya.

3. Menutup mata dan muka.

Apabila seseorang mahu menutup satu kebenaran, maka dirinya akan melakukan sesuatu yang tidak mahu melihat anda. Mungkin dirinya akan menutup mata di hadapan anda ataupun akan menutup mukanya dengan tangannya. Ini menunjukkan bahawa dirinya tidak mahu melihat satu kebenaran dihadapannya.


4. Menekan bibirnya.

Saat menjawab persoalan atau selepas menjawab persoalan anda dirinya mula menggigit bibirnya ataupun menekan bibirnya itu bermaksud ia sedang cuba menyembunyikan sesuatu. Bahkan, ia boleh jadi bahawa dirinya sedang memikirkan satu jawaban yang mungkin akan diterima oleh anda.

5. Gerak badan seolah-olah tidak selesa.

Jika anda melihat dirinya tidak selesa dengan soalan yang anda berikan, seperti ingin mengubah topik atau tiba-tiba melakukan perkerjaan, maka ada satu perkara yang dirinya sembunyikan. Di mana ia seolah-olah tidak mahu menjawab segala persoalan anda dan ingin membiarkan ia tergantung sahaja.

Hati-hati jika anda melihat si dia melakukan lima perkara ini. Jangan terlalu anggap ia adalah kelakuan biasanya. Bukan hanya melihat pergerakkan sahaja, tetapi keyakinan anda terhadap dirinya juga akan menjadi sebagai satu pertanda bahawa dia sedang menipu.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen