“Lelaki Nak Macam Ni, Perempuan Pula Nak Macam Tu….” Tips Untuk Mencipta Hubungan Yang Serasi.

Dalam hubungan, adakah anda dengan pasangan sering melakukan semua aktiviti bersama-sama? Termasuk dalam menyelesaikan masalah? Semua pasangan perlu tahu, ketika sedang hangat bercinta apa yang anda mahukan adalah ‘chemistry’ di antara kalian berdua. Adakah anda berdua ‘ngam’ dalam segala hal dan situasi?

Tetapi dalam perkahwinan, ramai pasangan mulai sedar bahawa tidak semua pendapat mampu dipersetujui bersama. Oleh kerana itu, ‘chemistry’ tidak lagi dicari semasa perkahwinan tetapi PENGORBANAN yang lebih utama. Semakin lama kita mengenali pasangan, semakin banyak perubahan sikap pasangan yang kita lihat.



JADI, APAKAH YANG LELAKI ATAU WANITA INI MAHUKAN DALAM HUBUNGAN SEBENARNYA?

LELAKI MAHUKAN SEORANG WANITA YANG…

1. Memahami.

Memahami disini bermaksud, jika lelaki tersebut mengalami kesukaran untuk menyimpan wang, lelaki mahukan seorang wanita yang memahami situasi mereka. Jangan tanya soalan “Sampai bila kita nak macam ni?” kerana lelaki akan rasa tercabar dan seolah-olah diperkecilkan oleh pasangan mereka.

2. Berdikari.

Lelaki juga perlukan wanita yang berdikari dimana tidak terlalu bergantung 24/7 dengan mereka. Memang tidak dinafikan lelaki suka wanita yang manja dan clingy kerana dengan cara begitu mereka rasa dihargai dan diambil berat, tetapi jika mereka direct menyatakan anda perlu lakukan sesuatu perkara keseorangan, lakukan lah dengan berdikari.

3. Menghormati dirinya.

Lelaki mahukan seorang wanita yang menghormati dirinya, gaya penampilannya, pekerjaannya malah ahli keluarganya juga.



4. Anggap mereka sebagai lelaki.

Lelaki tidak suka dirinya diperkecilkan oleh mana-mana wanita. Lebih kurang lelaki tidak suka dirinya dicabar dan kewibawaannya terjejas.

5. Pandai memujuk.

Lelaki juga mahukan wanita yang pandai memujuk, kerana apabila berlaku pergaduhan atau dirinya sedang merajuk, sering kali mereka pula perlu memujuk pasangannya. Ini tidak adil.

WANITA MAHUKAN SEORANG LELAKI YANG…

1. Pendengar setia.

Oleh kerana apabila berlaku pergaduhan, lelaki sering mendiamkan diri malah berjauhan, wanita amat memerlukan PENDENGAR SETIA. Jika mahu hubungan kalian berdua selamat dan tidak dihebohkan pada mana-mana pihak atau sosial media, dengar lah BEBELAN mereka.

2. Bukan seorang panas baran.

Wanita mana sahaja suka dikasari lebih-lebih lagi dengan lelaki yang mereka cintai. Jadilah lelaki yang dapat mengawal kemarahan supaya dapat mengawal emosi wanita.



3. Pandai memujuk.

Bagi wanita, lelaki yang pandai memujuk adalah dengan memberi mereka perhatian, bukannya menjauhkan diri. Perhatian seperti memeluk, memanjakan mereka dan seumpama dengannya.

4. Layan mereka sebagai kanak-kanak.

Kadang-kala perkara ini merimaskan lelaki kerana majoriti wanita suka merengek apabila mahukan perhatian. Jadi, jika mereka berkelakuan seperti anak kecil, layankan sahaja kerana ia bersifat sementara. Semakin anda tidak melayan kerenah mereka, semakin panjang berlanjutan lah sifat mereka yang keanak-anakan itu.

5. Kadang-kala melayan sebagai wanita dewasa.

Pandangan wanita mengenai wanita dewasa adalah, menghormati cita-cita dan impian mereka termasuk kerjaya yang mereka lakukan. Jadi, mereka memerlukan sokongan dengan pekerjaan yang mereka ingin lakukan.

“Jauhnya tempat awak kerja, carilah kerja lain yang dekat dengan saya..” jika ini kata-kata daripada seorang lelaki, wanita akan menganggap anda tidak hormat dirinya. Oleh kerana itu, wanita sebenarnya memerlukan lelaki yang lebih rasional dari dirinya dan mampu memberi solusi setiap perkara, bukannya alasan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen