5 Pengajaran Yang Boleh Dipelajari Dari Kisah Rumah Tangga Ibu Bapa Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu bapa adalah orang yang paling sesuai dalam memberikan satu contoh yang baik, sama ada melalui perhubungan atau perkahwinan. Sebab ramai di antara ibu bapa ini, menjadi pasangan yang saling melengkapi dan membahagiakan. Walaupun terdapat pergaduhan, namun mereka ini biasanya bijak untuk tanganinya. Dan sebab itu lah, banyak perkara yang anda perlu pelajari daripada perhubungan ibu bapa anda. Mari kita lihat perkara positif yang boleh diambil.



1. Memulakannya dengan yakin.

Perkahwinan adalah keberanian. Berkahwin lah apabila anda telah menemui seseorang yang dapat menghapuskan semua keraguan. Seseorang yang membawa anda ke hadapan tanpa takut akan kegagalan. Bahkan, anda dapat merasakan bahawa anda yakin dan selamat di sisinya. Ya, berkahwin dengan seseorang yang anda tidak pernah ragukan.

2. Cari orang yang betul.

Anda akan berkahwin pada masa yang tepat dan dengan orang yang betul. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa berkahwin. Hal ini kerana, ia bukan perlumbaan. Cari lah pasangan yang anda fikirkan ia sesuai untuk anda dan ia mampu menjadi ibu atau bapa yang baik kepada anak-anak anda nanti. Jangan terburu-buru tetapi nikmati dengan tenang.

3. Jaga nama baik pasangan anda.

Apa sahaja yang berlaku mengenai perhubungan anda, jangan penah untuk menceritakan serta meluahkan masalah tersebut pada orang lain. Anda perlu sentiasa ingat, bahawa nama baik pasangan anda juga ia bermaksud nama baik anda. Oleh itu, anda perlu menjaga nama baik pasangan tidak kira di mana anda berada.


4. Jaga penampilan buat pasangan anda.

Pasangan anda pasti telah melalui hari-hari yang memenatkan. Jadi tidak salah sekiranya, anda di rumah menjaga penampilan anda. Ia akan menjadikan dirinya untuk tidak sabar pulang ke rumah. Sentiasa ukirkan senyuman serta hapuskan segala keletihan yang anda ataupun dirinya alami. Cuba untuk membuat saling tertarik.

5. Apa sahaja yang berlaku, anda perlu menguatkan satu sama lain.

Apabila berkahwin, itu bermakna anda dan pasangan akan saling mempunyai kehidupan bersama. Terdapat banyak perkara yang tidak terduga yang akan berlaku dalam kehidupan anda. Anda perlu saling ada antara satu sama lain. Jangan pernah untuk melepaskan tali yang dipegang rapi itu.

Cuba lihat kehidupan ibu bapa anda, lihat bagaimana mereka ini tangani masalah yang mereka hadapi dan menikmati kebahagiaan mereka. banyak perkara yang anda boleh pelajari dari mereka untuk bentuk satu rumah tangga yang bahagia.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen