7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Wanita Dalam Hubungan Cinta.

Oleh: Rafi

Jika anda sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan perhatian teman lelaki anda , maka anda harus sedar tentang hakikat bahawa walaupun kesilapan kecil boleh membuat kekasih bosan dengan anda. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda elakkan dalam hubungan anda.



1. Rasa tidak selamat / insecure.

Kebanyakan gadis membuat kesilapan ini , mereka sentiasa berasa insecure atau rasa tidak selamat walaupun kekasih mereka setia dengan mereka. Mereka tidak mempercayai kekasih mereka , yang membawa kepada pergaduhan yang berterusan. Kepercayaan dan persefahaman adalah dua elemen penting dalam hubungan cinta.

2. Bebelan berterusan.

Majoriti wanita sering mengadu tentang isu-isu kecil dalam hubungan dengan kekasih mereka. Mereka sering membebel dan bercakap negatif tentang situasi dan masalah yang sebenarnya boleh diatasi dengan mudah. Ada lelaki yang tidak boleh mengendalikan wanita yang suka mengomel sepanjang masa.



3. Terlalu menjaga penampilan.

Ramai wanita percaya bahawa lelaki tertarik kepada kecantikan fizikal dan luaran sahaja. Tetapi, ini tidak benar. Lelaki lebih tertarik kepada kecantikan, tetapi mereka juga menilai dari segi kelakuan dan juga sikap wanita itu sendiri. Mereka juga suka kepintaran dan keyakinan dalam diri wanita.

4. Mengharapkan terlalu banyak.

Mengharap terlalu banyak dalam hubungan juga boleh menimbulkan masalah. Ramai gadis dan wanita terlalu mengharapkan ataupun meletak harapan tinggi pada kekasih mereka. Dan, apabila harapan itu tidak dipenuhi , ia akan merosakkan hubungan. Simpan harapan yang realistik apabila anda berada dalam hubungan.

5. Kompromi / bertolak ansur.

Tidak menyesuaikan diri dengan keadaan adalah satu lagi kesilapan yang perempuan sering lakukan dalam hubungan. Mnyesuaikan diri dengan setiap situasi adalah kemestian dalam mana-mana hubungan. Sikap degil akan membawa kepada salahfaham yang yang tidak sihat untuk hubungan. Anda hendaklah berterus-terang dalam hubungan anda dan bertolak ansur jika anda perselihan faham.



6. Kurangkan silent treatment.

Ramai wanita menggunakan rawatan senyap ( silent treatment ) untuk membuat pasangan mereka menyedari kesilapan mereka. Tetapi, ini juga boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kerana di dalam satu hubungan cinta, komunikasi adalah penting. Kebanyakan lelaki cenderung untuk merasa rimas dengan tingkah laku ini.

7. Menganalisis situasi.

Membuat andaian tanpa mengetahui kebenaran boleh membawa kepada masalah dalam hubungan. Ia adalah penting untuk menganalisis keadaan dan kemudian membuat kesimpulan . Ramai wanita tidak mempercayai pasangan mereka dan menganalisis situasi dengan cara yang negatif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen