Mengapa Seorang Lelaki Mengambil Masa Yang Begitu Lama Untuk Melamar Teman Wanitanya?

Setiap wanita pasti gembira apabila memiliki seorang teman lelaki yang katanya mahu hubungan yang serius dan ingin melamar pada suatu hari nanti. Namun setelah lama menjalinkan hubungan, masih juga tidak lagi teman lelakinya melamar. Jika ditanya, takut kecewa pula seperti terlalu mendesak untuk berkahwin, padahal sudah lama berkenalan.

Jom ketahui antara alasan lelaki mengapa dirinya mengambil masa yang lama untuk melamar teman wanitanya…



1. Untuk stabilkan kehidupan.

Mungkin hidupnya ketika ini masih tidak stabil dari segi mental. Jika dilihat dari fizikal dan luaran, mungkin sahaja si dia nampak stabil. Kebiasaan lelaki amat gementar untuk menamatkan zaman bujang, kerana ia tanggung jawab yang besar. Sudah tentu, si dia sebenarnya terlalu banyak berfikir, padahal dari luaran nampak seperti rileks dan cool.

2. Si dia sedang berusaha menyimpan wang.

Untuk stabilkan kehidupan sudah tentu kewangan termasuk di dalam list tersebut. Mungkin sahaja wangnya masih lagi tidak cukup untuk simpanan tabung perkahwinan. Mungkin tiba-tiba teman wanita demand mahu itu dan ini, kemudian ada pula hal kecemasan yang membuatkan mereka terpaksa menggunakan duit last minute. Tiada siapa yang tahu, kecuali dirinya sahaja.

3. Tiada sokongan dari pasangan.

Kadang-kala wanita ini terlalu kejam untuk menguji teman lelakinya. Tanpa mereka sedar sebenarnya teman lelaki mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada pasangan. Usahlah terlalu jual mahal, jika teman lelaki sudah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anda. Jika anda melihat si dia bersusah payah untuk menyimpan wang, ringan kan lah beban mereka.

Sekurang-kurangnya memberi kata-kata motivasi, semangat dan sentiasa menyokong apa jua si dia lakukan. Asal tak dapat keluar dating, sudah merajuk muncung mulut sedepa.



4. Rasa tertekan.

Seperti yang kita tahu, lelaki akan cuba menjauhkan diri dan berdiam seribu bahasa ketika mengalami tekanan. Dirinya rasa tertekan untuk stabilkan kehidupannya sendiri, menyimpan wang untuk kahwin, kemudian tiada pula sokongan dari teman wanita. Oleh kerana itu, kadang-kala apabila ditanya tentang perkahwinan, lelaki seperti mahu marah padahal dirinya tertekan.

Jika bukan teman wanitanya yang saling melengkapi dirinya, siapa lagi, kan?

5. Masih tiada jawapan dari solat istikharah.

Kadang-kala dalam diam lelaki ini melakukan solat istikharah. Mungkin jika hidupnya tidak tenang, sering bergaduh dengan teman wanita pula, sudah tentu si dia mahukan petunjuk dari Ilahi, adakah anda benar jodohnya? Atau adakah anda hanya dugaan dan ujian untuk dirinya sahaja? Kadang-kala lelaki tidak suka menceritakan hal peribadi ini. Perasaan manusia kan sentiasa berbolak-balik, sudah tentu si dia mahukan hubungan yang berkekalan. Masakan dirinya masih setia dengan diri anda, cuma lambat melamar sahaja.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen