Antara Sikap Wanita Yang Lelaki Anggap Sebagai Adik Sahaja, Dan Tidak Lebih Daripada Seorang Kawan.

Bukan sahaja lelaki yang sering kena ‘friendzone’ dengan wanita, malah ada juga wanita yang kena ‘friendzone’ dengan seorang lelaki. Lebih pedih apabila lelaki tersebut hanya menganggap wanita ini seperti ADIK KANDUNG sahaja, padahal sebelum ini melayan seperti teman wanita.



Memang tidak dinafikan lelaki suka pada wanita yang manja dan sikap seperti keanak-anakkan. Tetapi jangan pula terlalu ‘over’ kerana ia kadang-kala merimaskan. Jom lihat antara sikap wanita yang lelaki anggap sebagai adik sahaja…

1. Wanita yang suka terkinja-kinja.

Seperti budak kecil yang terkinja-kinja mahukan sesuatu barang yang ingin dimiliki, begitulah sikap anda. Umur sudah meningkat tetapi masih terkinja-kinja seperti budak kecil dimana sahaja anda berada dengan si dia.

Kadang-kala seperti menghentak-hentak kaki pula di khalayak orang ramai seperti keanak-anakan. Jadi, anda fikir adakah lelaki mahu jadikan anda sebagai bakal isteri mereka jika bersikap begini?

2. Manja tidak bertempat.

MANJA SANGAT. Suara anda juga dibuat seperti suara budak kecil. Tidak kisah jika anda melakukan ketika berdua-duaan, tetapi di khalayak orang ramai apa pula perasaan lelaki ketika itu? Pasti mereka berasa malu, dan kadang-kala “Eh…ni bukan awek aku ni, aku tak kenal ni…”

Orang ramai juga akan turut menjeling dengan perasaan meloyakan jika anda terlalu manja.

3. Terlalu suka menonjol.

Setiap wanita memang suka menggayakan mekap dimana sahaja mereka berada. Tetapi kali ini, mekap yang anda gayakan seperti terlalu melebih-lebih dan menonjol. Lukisan kening yang terlalu gelap tidak bersesuaian dengan kulit muka, blusher yang terlalu pink atau gincu yang terlalu merah. Boleh dikatakan anda menggayakan ‘heavy make up’ dan hanya untuk dipertontonkan di Instagram.

Ada sahaja sebahagian lelaki tidak suka melihat wanita bermekap tebal.

4. Terlalu mengada-ngada.

Terlalu mengada-ngada seperti adik perempuannya. Mengada yang berlebihan akan membuatkan lelaki itu menganggap anda ini seperti adik perempuannya sahaja, tidak lebih dari itu. Jika mengada yang melampaui batas, sudah tentu mereka akan cuba menjarakkan diri daripada anda supaya tidak dilihat oleh orang ramai.

5. Perasan cantik.

Lelaki suka mengusik adik perempuannya apabila pertama kali menggunakan mekap atau berpakaian feminin. “Kau ni perasan cantik ke dik. Kau ingat ada lelaki suka ke?” Jika ada lelaki yang berkata-kata seperti ini, sebenarnya anda telah kena ‘friendzone’ dengan lelaki tersebut. Malah bagi mereka, wanita yang perasan cantik ini selalunya perempuan yang gedik, mereka juga mahu menjauhi wanita sebegini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen