“Lelaki Yang Baik Dan Bertanggungjawab Masih Ada. Cuma Mereka Lebih Banyak Berdiam Diri..” Jom Ikuti Kisah Ini.

Aku  dan suami berkahwin agak muda pada umur 23 and suami aku masatu 24 tahun. Sepanjang kami kawen mmg bnyk ujian dan dugaan yg kdg kdg boleh buat sakit jiwa. Hidup kami mula dari zero. Awal kawen kami belajar catu makanan, baju ulang pakai apa yg ada, nak bermewah jauh sekali. Susah sampai tahap ada masa yg kami cuma mampu beli burger tepi jalan dan kongsi berdua utk hilangkan lapar.



Tapi satu sikap suami aku, dia sentiasa cuba selesakan aku dlm apa jua keadaan. Suami aku pernah join fb contest and menang fon. Dia bagi fon tu kat aku. Suami aku dpt gaji, dia belanja apa yg aku suka even aku tau gaji dia masatu sikit je. Suami aku sgt pemurah dgn aku. Selalu cuba penuhi keinginan aku. Suami aku perfect ke? Tak. Suami aku ada je habit buruk yg sekali sekala buat kami bergaduh. Tp tak perlu aku ungkit satu dua atau tiga keburukan suami bila ada beratus lg kebaikan yg dia buat.

Tahun berganti tahun, suami aku finally dpt kerja yg better. Cuma kerja ni memerlukan suami aku bekerja 12 jam sehari dgn cuti yg tak menentu. Tapi setiap kali cuti dia akan manfaatkan sepenuhnya dgn aku dan anak anak. Ada jgk beberapa kali aku mintak izin suami utk cari kerja, suami aku bkn tak bg, tp katanya dia lebih suka aku di rumah. Jadi aku akur dan buat online biz kecil kecilan dari rmh.

Apa yg aku perasan, bila suami aku pemurah dgn aku, Allah murahkan lg rezeki kami. Suami aku bg aku fon yg dia menang, tahun lepas dia dpt latest iphone dari company dia. Suami aku tau aku teringin nak ada tv sbb aku ada ckp nti dah ada duit kita beli tv, dia usaha join fb contest & menang tv lcd yg harga RM3.5k++. Jadi dia x perlu beli tv sbb masatu mmg kami tak mampu. Alhamdulillah.



Dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, income suami aku makin bertambah dan suami aku makin pemurah dgn aku dan anak anak. Suami aku dah mampu sediakan duit utk aku bersalin anak kedua kami di klinik swasta demi keselesaan aku. Dah mampu beli mcm mcm utk kami sekeluarga.

Ada masa yg suami aku kerja, dia tau aku penat dgn anak anak, dia akan suruh aku rehat tak payah masak dan dia order food delivery utk aku. Dari zaman kami ssh sampai skrg, setiap kali gaji setelah bekerja berhempas pulas suami aku masih dgn soalan soalan yg sama.

Masih tanya apa yg aku nak, apa yg nak beli utk anak anak? Sungguh aku tak mintak banyak melainkan Allah murahkan lagi rezeki suamiku dan rahmati dia dunia akhirat.

Lelaki yg baik dan bertanggungjwb masih ada. Cuma mereka lebih bnyk berdiam diri mungkin. Utk lelaki lelaki yg bakal atau sudah berkahwin, jalankanlah tanggungjwb terhadap isteri dan anak anak dgn baik inshaAllah hati akan terasa senang dan lapang. Rezeki juga akan mudah datang. And utk perempuan perempuan yg bakal atau sudah berkahwin, taat dan bersabarlah dgn suami walau dlm apa jua keadaan selagi tdk menyalahi batas agama.

Berdoalah hanya kepadaNya utk mendapatkan pasangan yg terbaik dunia akhirat inshaAllah. Perempuan perempuan yg baik utk lelaki lelaki yg baik. Lelaki lelaki yg baik utk perempuan perempuan yg baik. Setiap ujian pasti ada ganjaran jika kita hadapi dgn kesabaran. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kau dustakan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen