Mencintai Seseorang Bermaksud Dapat Menerima Kekurangan Mereka.

Bagaimana si ibu menyayangi anak mereka yang serba kekurangan, begitu juga dengan pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain. Untuk menerima dan memberi cinta pada orang asing, sudah tentu ia memerlukan keberanian, kerana kita bukannya berkenalan daripada kecil. Bukannya duduk sebumbung sehingga mengetahui kekurangan malah aib pada diri mereka.

Sudah tentu hanya ahli keluarga yang mengetahui semua itu.

Apabila ia memerlukan keberanian dalam diri untuk mencintai seseorang, sudah pasti kadang-kala kita bertindak diluar kawalan. Oleh sebab itu, jodoh ini rahsia Allah dan cinta itu kadang-kala magis. Boleh membuatkan seseorang menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk.



Dan yang pasti tanpa sedar kita mencintai seseorang bukan hanya kerana paras rupa yang kita lihat tetapi kekurangan dalam diri mereka, yang kita mahu lengkapi…

SETIAP KISAH SILAMNYA, TIDAK DIPERLEKEHKAN.

Setiap pasangan sudah tentu akan menceritakan kisah silamnya bersama bekas kekasih dengan cinta baru. Dan yang pasti si dia pasti dapat menerima dengan hati terbuka.

Setiap manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan…

Setiap manusia sudah pasti mempunyai kisah silamnya tersendiri…

Setiap manusia seharusnya diberi peluang untuk memperbaiki diri masing-masing…

APABILA MENCINTAI SESEORANG, KITA INGIN MEMAHAMI DIRI MEREKA DENGAN RAPAT.

Kerana setiap kesalahan yang dilakukan tidak dipandang rendah, tetapi cuba untuk melihat pada perspektif lain sebaliknya. Tidak semua insan dapat melakukan sebegini kerana kebiasaannya kita sebagai manusia biasa suka melihat kesalahan orang lain dan menilai dari luaran.

Dan setiap kesalahan itu juga mahu diselesaikan dengan cepat supaya tidak memudaratkan diri sendiri untuk menjadi terlalu sedih dan murung.



Dengan cara begini kita mahu menjadi seorang yang memahami situasi yang dialami oleh pasangan.

Adakah sudah cukup diberi perhatian?

Adakah aku mampu untuk memahami mereka?

Adakah aku mampu untuk melindungi mereka?

APABILA MENCINTAI SESEORANG, KITA MAHUKAN KERJASAMA.

Ia bukanlah semata-semata RELATIONSHIP, tetapi COMPANIONSHIP. Relationship untuk pasangan yang mahukan ‘chemistry’ di dalam hubungan, tetapi kadang-kala terlupa hubungan itu adalah tentang ‘KITA’ dan bukannya ‘SAYA’. Apabila seorang lelaki atau wanita sudah menganggap pasangannya sebagai teman sehidup semati, dan tidak lagi cari ‘chemistry’ tersebut, pasti inginkan pengorbanan dengan sepenuh hati.

Walau jasad berjauhan, tetapi hati masih dekat.

Walau mulut tidak berbicara, tetapi hati sentiasa berbisik.

Dan apabila kita mencintai seseorang, kita tidak lagi melihat dan mencari kesempurnaan dalam diri mereka, tetapi apa yang kita mahukan dirinya menyempurnakan dan melengkapkan diri kita.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen