Bagaimana Tingkah Laku Wanita Ketika Jatuh Cinta? Jom Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita adalah orang yang terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kadang kala mereka ini juga mudah perasaan sekiranya seseorang lelaki itu meminatinya, walaupun pada hakikatnya lelaki itu hanya melihat dirinya. Bukan itu sahaja, wanita juga mula berubah apabila jatuh cinta. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja demi pasangannya. Jadi teramat mudah lah untuk mengesan jika seseorang wanita itu jatuh cinta terhadap diri anda. Jom ketahuinya.



1. Suka berdandan secantiknya.

Perkara yang boleh dilihat adalah mereka ini suka berdandan. Biasanya dandanannya itu lebih dari selalunya. Mereka ini mungkin akan mengenakan penampilan yang lebih menonjolkan ataupun penggunaan makeup yang berlebihan. Hal ini kerana, mereka ini ingin menarik perhatian anda agar lebih tertumpu kepada dirinya.

2. Mula tunjukkan rasa cemburu.

Walaupun belum jalinkan hubungan, tetapi anda boleh lihat riak wajahnya yang menahan rasa cemburu apabila anda bersama wanita lain. Bahkan anda juga melihat dirinya seolah-olah merajuk dan enggan melayani anda dengan baik. Dari situ anda sepatutnya tahu bahawa si dia sudah mula jatuh cinta terhadap anda.

3. Belajar memasak.

Semua wanita akan melakukan perkara yang sama, iaitu belajar memasak. Ini adalah salah satu usaha mereka untuk menarik perhatian orang yang mereka cintai. Rata-rata lelaki sukakan wanita yang pandai memasak, maka dia pun ingin tunjukkan skill hebat dirinya. Jadi jangan terkejut, jika anda lihat dirinya yang dulu jarang masuk ke dapur kini mula kerap berkongsi masakannya serta resepi di media sosialnya. Hal ini kerana, percaya bahawa memikat lelaki itu adalah melalui perutnya.


4. Mula luahkan perasaan kepada rakannya.

Telah menjadi sikap wanita yang suka berkongsi, maka dengan itu mereka pasti akan meluahkan perasaan mereka terhadap rakan mereka. Jadi jika anda ingin tahu perasaan si dia, tanya lah pada rakan baiknya.

5. Tersenyum dan peramah sepanjang waktu.

Baik lelaki atau wanita pasti akan mudah tersenyum apabila jatuh cinta. Tetapi wanita pula akan lebih peramah dari sebelumnya. Mana tidaknya, jika dahulu moodnya sentiasa tidak stabil kini, moodnya sentiasa stabil kerana mampu melihat buah hatinya. Wanita yang jatuh cinta ini biasanya mempunyai perubahan mood yang cukup baik.

Inilah kelakuan wanita apabila jatuh cinta. Mereka ini sanggup berubah demi orang yang mereka cintai. Bahkan setiap perubahan itu sentiasa membawa kebaikan. Sebab itu cinta itu mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen