8 Situasi Lelaki Memberitahu, Mereka Cintakan Pasangannya, Tanpa Wanita Sedar.

Secara lahiriahnya, memang semua lelaki sukar untuk mengungkapkan kata-kata cinta pada pasangannya. Walaupun mereka cuba meluahkan melalui perbuatan, ramai sahaja wanita yang tidak sedar dengan tindakan lelaki tersebut.

Jom kita ketahui dimana lelaki tersebut sebenarnya cuba memberitahu bahawa mereka mencintai dan menyayangi kekasihnya, tanpa disedari oleh kaum wanita…

Situasi 1: “Hari ni saya nak balik kerja awal sikit, boleh la spend time lama-lama…”

Jika ada lelaki menyatakan sebegini kepada anda, sebenarnya mereka memang tidak sabar untuk bertemu dengan anda. Melihat wajah anda seperti dapat menghilangkan segala tekanan di tempat kerjanya. Boleh berceloteh, boleh bermanja dan boleh bergelak tawa bersama.



Situasi 2: Sanggup berhenti bermain ‘Game’ sebentar.

Namakan setiap game pada zaman sekarang yang digila-gilakan oleh setiap lelaki ‘DOTA’ ‘PUBG’ ‘COC’ dan seumpama dengannya. Jika mereka sanggup untuk menghentikan permainan tersebut semata-mata untuk mengangkat call daripada kekasih, ternyata hatinya pasti akan berbelah bagi. Dan hatinya sebenarnya masih teringat pada kekasihnya.

Situasi 3: Sanggup merokok jauh dari pasangan.

Si dia bukan sahaja merokok jauh daripada tempat anda berdiri, kadang-kala keretanya juga tiada bau asap rokok. Tetapi lebih baik jika dapat berhenti merokok, pasti kekasih lebih bertambah sayang.

Situasi 4:  Secara terbuka meluahkan perasaan.

Lelaki jarang untuk membuka hatinya meluahkan perasaan seperti tekanan di tempat kerja, atau masalah berkenaan dengan ahli keluarga. Jika mereka melakukan seperti sesi meluahkan perasaan, ini kerana mereka amat mempercayai kekasihnya. Malah sebenarnya tanpa sedar, mereka sudah mula menyayangi pasangannya.

Situasi 5: Menghantar gambar-gambar yang kelakar.

Apabila teman lelaki atau suami anda mula menghantar gambar-gambar yang kelakar, ini kerana mereka mahukan anda tersenyum. Mereka tidak suka melihat wanita yang mereka sayang, sentiasa muram berduka.



Situasi 6: Mereka menonton drama atau filem kegemaran pasangan.

Mereka tidaklah terlalu gemar dengan drama tersebut seperti drama korea yang wanita sekarang gila-gilakan, tetapi kadang-kala mereka akan cuba melihat sinopsis drama tersebut dan menonton scene yang okay bagi mereka. Mereka juga tahu, anda menonton sesuatu drama tersebut hanya kerana ada pelakon favorite anda.

Situasi 7: Menyokong dengan setiap apa yang dilakukan oleh pasangannya.

Setiap lelaki yang mengasihi pasangannya sudah tentu tidak lupa untuk memberi sokongan pada pasangannya. Jika bukan dia, siapa lagi yang mahu menyokong kekasihnya itu, kan? Sudah tentu lelaki ini tahu peranannya sebagai teman lelaki atau suami.

Situasi 8: Marah ketika anda melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Lelaki ini sebenarnya bukan lah marah, tetapi terlalu risau jika ada sesuatu yang akan memudaratkan pasangannya itu. Kadang-kala ada lelaki yang terlalu protective untuk melindungi pasangannya, tanpa wanita itu sedar sebenarnya. Ini kerana mereka terlalu menyayangi dan mencintai pasangannya.

Walaubagaimana pun, begini lah cara lelaki memberitahu pasangannya bahawa dirinya benar-benar menyayangi wanita yang dicintai tanpa wanita itu sedar.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen