Cinta Itu Tidak Selalunya Indah Kerana Ia Banyak Cabaran Untuk Ditempuhi.

Apabila anak muda menonton drama atau melihat gelagat pasangan yang sedang bercinta, pasti mereka merasakan betapa indahnya bercinta.

Betapa indahnya hidup ini berpasangan…

Betapa indahnya dapat berkongsi gelak ketawa bersama pasangan…

Betapa indahnya apabila ada insan yang sudi menerima kita..

Cinta itu memang mengujakan, tetapi tidak selalunya indah. Kerana setiap kehidupan manusia adalah atas takdir Allah SWT....

Cinta itu memang bahagia, tetapi ada juga pahit untuk ditelan....

Cinta itu memang menyeronokkan, tetapi banyak liku dan rintangan perlu ditempuhi....

Pandangan cinta bagi lelaki dan wanita, walaubagaimana pun berbeza kerana bagi lelaki, mereka mahu mencari keseronokan dalam bercinta. Mereka mahukan perasaan mengujakan apabila mengejar wanita yang dicintainya, malah mereka sukakan cabaran dalam bercinta. Dalam erti kata lelaki ini mahukan hubungan yang rileks dan santai.

Manakala pada pandangan wanita pula, mereka selalu mengandaikan cinta yang sangat romantik bersama pasangan tanpa cabaran. Wanita mahukan hubungan yang sentiasa sweet dan berbunga-bunga. Malah emosi mereka memainkan peranan yang sangat besar dalam hubungan untuk memastikan pasangannya sentiasa mencintai dirinya.

Oleh kerana itu, daripada situasi ini terdapat cabaran yang perlu ditempuhi oleh semua pasangan.

Disebalik kegembiraan setiap pasangan, cabaran yang perlu ditempuhi adalah seperti;

Situasi 1: Setiap pertemuan pasti ada kesukaran yang perlu dihadapi dahulu.

Dalam perjalanan tiba-tiba untuk menemui kekasih hati kereta rosak, teman wanita mula mengandaikan perkara yang bukan-bukan pada pasangannya dan mula memberontak.

Situasi 2: Setiap pertemuan, pasti ada keheningan.

Siapa kata mereka yang bercinta sentiasa seronok, bahagia dan ada sahaja mahu dibualkan. Realitinya setiap pasangan ada sahaja buntu kerana tidak tahu  isu apa yang mahu dibualkan. Masing-masing sibuk melihat telefon bimbit masing-masing sehinggakan berlakunya pergaduhan kerana terasa diabaikan.



Situasi 3: Setiap kegembiraan, pasti adanya seorang lelaki yang berusaha untuk menghalalkan hubungan.

Berusaha menggunakan daya kudrat sendiri, membanting tulang, sanggup menahan lapar untuk berjimat. Simpanan tabung perkahwinan lebih penting daripada melakukan perkara yang sia-sia.

Situasi 4: Setiap kebahagiaan, pasti adanya yang terjerat.

Secara tipikal, CURANG. Siapa sangka setiap kebahagiaan pasangan tersebut, pasti berlakunya curang. Mungkin adanya insan yang cemburu dan dengki pada pasangan tersebut, jadi terpulang pada individu untuk menyelesaikan masalah. Jika negatif sikapnya sudah tentu hubungan akan berantakan berbanding dengan individu yang positif.

Jadi, usahlah terpedaya dengan gambar-gambar yang dikongsi oleh rakan-rakan atau orang lain betapa bahagianya mereka ketika bercinta. Tidak salah untuk memaparkan percintaan di sosial media, tetapi kebahagiaan yang ditunjukkan kadang-kala membuat orang lain salah tanggapan mengenai hubungan tersebut.

Terlalu mengejar kebahagiaan dalam bercinta, tetapi terlupa untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen