Wanita Yang Pandai Berdikari Dikatakan Lebih Mempersonakan Di Mata Lelaki? Jom Ketahui Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi wanita yang pandai berdikari ini merupakan satu kelebihan yang patut disyukuri. Tidak ramai yang mempunyai keberanian seperti ini. Wanita yang berdikari ini dikatakan lebih mempunyai tarikan yang tersendiri di mata lelaki. Bahkan, wanita seperti ini melakukan apa sahaja untuk dirinya sendiri dan sentiasa yakin untuk hadapi perkara yang mendatang. Jadi mari kita ketahui sebab-sebab wanita yang pandai berdikari ini lebih mempersonakan.



1. Lebih bersifat terbuka.

Mereka ini dikatakan lebih bersifat terbuka, sporting serta lebih memahami lelaki. Mereka ini mudah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memilih jantina. Malah, wanita seperti ini lebih mudah untuk memahami lelaki yang sentiasa berkerja keras untuk menstabilkan hidup mereka. Hal ini kerana, diri mereka juga melalui perkara yang sama.

2. Tahu apa yang mereka inginkan.

Apabila menjadi seorang yang berdikari, itu bermakna diri mereka ini tahu apa yang mereka inginkan. Dan setiap perbuatan dan pergerakkan dirinya itu pasti mempunyai tujuan. Mereka ini berani meletakkan satu harapan dalam apa jua perkara yang diri mereka ceburi. Malah mereka ini akan cuba dapatkan apa yang mereka mahukan.

3. Bersikap jujur.

Wanita seperti ini juga dikatakan mempunyai sifat jujur dalam diri mereka. Hal ini kerana, kejujuran yang dirinya hadapi akan menyebabkan dia lebih yakin untuk kehadapan. Jika dirinya hidup dengan penipuan, pasti ia akan hanya menimbulkan masalah sahaja. Malah ia akan membuatkan dirinya berasa ragu-ragu jika ingin berdikari.


4. Mempunyai semangat yang kuat.

Tidak dapat disangkal lagi, wanita yang pandai berdikari ini sudah semestinya mempunyai semangat yang kuat. Jika tidak mempunyai semangat yang kuat pasti dia bukan seorang yang berdikari. Mungkin dia pernah mengalami kesakitan namun, disebabkan semangatnya itu dia berjaya untuk harunginya.

5. Lebih aktif dan berani.

Apa yang lebih mempersoankan wanita yang pandai berdikari ini adalah sifat berani serta seorang yang aktif lagi menambat mata si lelaki. Mana tidaknya, sikap berani wanita ini akan membuatkan mereka ini tampak lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai. Jadi jika miliki mereka ini sebagai pasangan pasti akan kelihatan lebih hebat.

Lima sebab ini menjadi punca mengapa wanita yang pandai berdikari sentiasa menjadi pilihan orang lelaki. Walaupun, pada hakikatnya, untuk mendekati wanita yang berdikari ini mempunyai cabaran yang tinggi. Hal ini kerana, mereka tahu selepas memiliki wanita ini ia pasti membahagiakan dirinya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen